Labels

Wednesday, August 22, 2012

Tulus Dari Hati ATAU....


Hari nie dah masuk raya yang ke berape ntah(x ingat)
Selalu kita dengar dalam bulan Syawal nie

"Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin"

Jadi saya terfikir....ayat nie (dan yang seangkatan dengannya)...Selalunya kita ucapkan sebagai satu budaya sambutan ataupun memang dari niat untuk memohon maaf kepada orang lain...
mungkin perkara ini dilihat remeh oleh kebanyakkan orang..tapi kita kena lihat lebih jauh dalam hal ini

Saya bagi satu situasi....Sekiranya Ali(bukan nama sebenar) mengucapkan "Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin .Kita kosong-kosong lah yee" kepada Abu(nama timangan) ...tanpa sebarang niat yang Ikhlas dan Tulus dari hati untuk memohon maaf.....Adakah Ali akan sebenar-benarnya Insaf atas kesilapannya yang lalu...dan adakah Abu akan memaafkan Ali dengan Redha dan Ikhlas walaupun Abu berkata "Samalah kita",,,,

Post ini bukan untuk mengkritik mana-mana pihak..jauh sekali untuk mengatakan tidak perlu memohon maaf dalam bulan Syawal...Sekadar meluahkan apa yang terlihat oleh mata dan terfikir oleh akal.,,,,

JANGAN LUPA PUASA SUNAT.....

No comments:

Post a Comment