Labels

Saturday, April 7, 2012

Share Gambar Kita ???

Assalamualaikum..
Hari nie kita nak kongsi pendapat dan pengetahuan tentang share gambar kat FB..

Bagi lelaki..
Bagi kaum Adam...sharing pictures nie tidak menjadi masalah sangat kerana aurat lelaki adalah lebih mudah untuk dijaga daripada aurat perempuan..Namun begitu ...harus disedari bahawa walaupun saya katakan lebih mudah dijaga...hingga kini ada saja kaum Adam yang masih tidak mampu menjaga aurat mereka iaitu..dari atas pusat hingga ke bawah lutut....

Bagi perempuan..
Haaa...bila kita sebut pasal kaum Hawa...seperti yang diketahui umum.aurat perempuan amat menyeluruh dan seringkali dianggap sukar untuk dijaga...
Ada gambar yang memang dah cantik..menutup aurat..sejuk mata memandang...tapi bagaimana pula dengan posing gambar tadi...adakah menggoda mata yang melihat ataupun tidak...
Ada pula yang mencampur adukkan yang halal dan yang haram...contohnya memakai tudung tapi sarung kaki tidak dipakai atau tudung terlalu singkat atau mungkin memakai pakaian yang berlengan pendek....

Ada satu lagi situasi yang sering terlepas pandang..aurat dah jaga...posing dah ok(tak menggoda laa maksudnya) tapi terselak/terlorot/ternampak pula sedikit daripada pergelangan tangan atau anggota badan yang sewajibnya ditutup tadi..Astaghfirullah...dah tak memasal dapat dosa jugak...
sebab tu ramai orang cakap perempuan seeloknya kurangkan share gambar kat FB.....lagipun sekarang kan dah banyak kes-kes gangguan seperti gambar yang berpakaian dibogelkan kemudian di share pula di FB untuk tontonan ramai...satu lagi peringatan...yang nie tak kisah laki ke perempaun..jangan sesekali share full picture dalam FB kerana gambar seperti ini berisiko untuk dijadikan bahan kalau orang nak santau kita..


Ada saut kisah dimana perempuan nie dia dah meninggal..pastu mak dia mimpi dia diseksa..dan dia minta tolong kepada mak dia supaya delete gamabr-gamabr dia di FB..


akhirukalam..Gambar kita..Tanggungjawab kita..ingatkanlah pada kawan-kawan yang ada share gambar kita supaya tapis balik gambar-gambar tersebut


Khas buat kaum Hawa...ISLAM telah mengangkat darjat seorang wanita pada kedudukan yang tinggi...jadi janganlah kita kembali kepada zaman jahiliah dimana wanita dipandang hina(murah kalau dikira dalam bahasa sekarang)

Telitilah setiap gambar yang kita dah upload ataupun baru nak upload k..


No comments:

Post a Comment