Labels

Thursday, March 15, 2012

Cinta : Boleh Ikut Ke #2

Assalamualaikum...
Setelah memahami definisi CINTA yang sebenar InsyaAllah...kali ini saya akan berkongsikan tentang jalan ataupun cara untuk menyalurkan fitrah pada jalan yang benar...

harap segala ilmu ini boleh dikongsi dan diamalkan...

Dalam edisi post yang pertama dulu saya ada memperkatakan tentang jalan atau cara yang ISLAM anjurkan...jadi mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana nie....

ISLAM itu satu agama yang sempurna dan menyempurnakan...
dalam hal CINTA..ISLAM ada mengariskan beberapa panduan agar CINTA itu tidak ternoda dengan nafu dan dosa

Situasi yang pertama : Baru nak JATUH CINTA

Dalam situasi ini...FITRAH CINTA baru sahaja memasuki hati kita...dalam masa ini juga penentuan samada iman atau nafsu yang penjadi pendorong bagi tindakan yang seterusnya...Jadi pada masa ini ingatlah bahawa sekiranya kita mencintai seseorang sekadar untuk suka-suka atau main-main..maka lupakanlah..ini kerana CINTA dengan niat yang sebegini hanya membaya kepada pembaziran perasaan,wang,masa dll.Kalau orang kata dapat pengalaman,saya rasa mereka mendapat pengalaman dari CINTA yang main-main ataupun berlandaskan nafsu semata-mata,mereka tidak mendapat pengalaman CINTA  yang bersifat FITRAH,jadi adakah mereka dapat melihat keindahan CINTA yang sebenar....

Jadi betulkanlah niat..menCINTAI seseorang dengan niat untuk bernikah apabila kita mampu...dan mulakanlah pilihan dan langkah dengan ISTIHARAH..semoga mendapat petunjuk yang benar..

Situasi yang kedua : Dah JATUH CINTA

.Perkara yang penting dalam situasi ini adalah ADAKAH KITA BENAR-BENAR MENCINTAI SESEORANG...kerana sekirannya kita cencintai seseorang adakah kita sanggup melihat si dia terluka..jika tidak maka jangan biarkan si dia terbakar di neraka kerana CINTA kita..jadi ujiannya disini adalah sejauh mana kita mampu menjaga kesucian CINTA kita agar kekal suci dan bersih dari dakwat hitam dosa dan maksiat.....tapi sekiranya sudah terlajak tak mengapa masih ada peluang untuk berundur dan mulakan semula.

Tips
1. Betulkan Niat
2. Istiharah(agar dapat petunjuk yang benar)
3. Yakin dengan janji Allah(jawapan untuk istiharah)
4. Jaga hati (jangan ternoda dengan dosa)
5. Jumpalah parents agar jelas tujuan dan maksud(kalau dapat laa)
6. Doa agar tetap dan terpelihara serta mendapat redha Allah
7. Jaga diri,hati dan kemaluan daripada maksiat
8. Kahwin Awal (kalau mampu)
9. Elakkankan fitnah
10.Puasa kalau tak mampu kahwin

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
 (an-Nur':26)

Jadi macam mana jalan dah ada boleh ke ikut??
Tanyalah Iman

 



No comments:

Post a Comment