Labels

Wednesday, March 14, 2012

Cinta : Sudah Bersediakah #1

Assalamualaikum....
Pada kali ini,hati terbuka untuk berkongsi ilmu tentang fitrah yang melanda setiap dari kita...tua muda,miskin kaya,...pasti semuanya akan mengalami perkara ini...CINTA..kerana itulah ia disebut fitrah...

seringkali kita dengar
"kau tu budak sekolah lagi,belum tiba masanya"
"kau pun mak bapak yang tanggung,dah mengatal nak kawin"
jadi remaja-remaja yang mendengar komen ini menjadi bingung
apa yang harus dilakukan...inikan fitrah kata mereka...takkan tak boleh kot

CINTA itu sesuatu yang ABSTRAK
CINTA itu sesuatu yang FITRAH

FITRAH itu sesuatu yang suci dan bersih...

persoalannya ....mengapa orang-orang terdahulu mengatakan bahawa cinta ini sesuatu yang dilarang atau tidak sesuai untuk kita sedangkan ianya FITRAH

YANG PERTAMA
apa yang kita faham tentang cinta...
dari pembacaan saya CINTA dianggap salah oleh orang-orang terdahulu kerana mereka mengambil definisi CINTA yang berbeza dengan definisi CINTA YANG FITRAH

kebanyakkan orang mengambil sesuatu infomasi dari apa yang pancaindera mereka dapat tangkap...jadi setelah berkurun hidup dalam dunia yang serba moden ini,,mereka seringkali mengambil definisi cinta dari media massa..
definisi CINTA  diambil daripada cerita-cerita Hindustan,Kisah-kisah Cinta,Movie-movie inggeris...yang sememangya telah jelas terbukti berdasarkan nafsu,tiada batasan dan peraturan dan pasti membawa penderitaan samada di dunia mahupun diakhirat...

DEFINISI CINTA yang sebenarnya tidak pernah kotor sebagaimana yang diketahui dan difahami oleh majoriti orang zaman sekarang

CINTA itu FITRAH...FITRAH pula bersifat suci dan bersih serta bersesuaian dengan setiap manusia pada setiap zaman....Jika sudah JATUH CINTA ikutlah jalan yang ISLAM tunjukkan.bukankah kita sering berdoa supaya ditunjukkan jalan yang benar dalam setiap solat yang kita dirikan.....Jangan pula kita kotorkan FITRAH  yang suci ini kerana mengikut hasutan SYAITAN dan GODAAN HAWA NAFSU...

Dalam Islam...hendak berCINTA pun kena ada peraturan barulah CINTA tersebut berasa di landasan yang benar dan diredhai Allah...
dan perlu difahami peraturan dan larangan dalam ISLAM bukan bertujuan untuk mengekang kita...tapi untuk memastikan kita berjaya sampai dengan selamat dan bahagia....


“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Sebagai konklusinya,kita sebagai generasi akan datang perlulah berpegang pada definisi CINTA yang sebenar...agar generasi akan datang tidak terkeliru dan terpilih jalan yang salah...
  senang cerita salurkanlah cinta dengan fitrah yang suci...
FITRAH JANGAN JADIKAN FITNAH 



No comments:

Post a Comment