Labels

Sunday, March 11, 2012

Antara Nikmat Dan Musibah

Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah pulang sekali lagi dari percarian ilmu,kini saya kembali berkongsi di sini

Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempoh 6 minggu berada di sekolah...ada yang logik,,,tak kurang juga yang sukar dipercayai akal...namun dalam kehidupan itulah dugaan...

Sesungguhnya Allah menguji seseorang itu untuk memuliakannya

Dalam kehidupan ini...sering kali kita dengar bahawa doa adalah senjata umat Islam...sejauh mana kita percaya dan yakin dengan kata-kata ini....adakah hati ini telah bersetuju dangan lisan yang diucapkan...atau masih ada ragu di kalbu yang menghalang keimanan yang sempurna ini...Wahai saudara-saudari...yakinlah dengan apa yang ditakdirkan kepada kita...sesungguhnya kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita..

pabila ditimpa Musibah maka Bersabarlah...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orangorang yang sabar..

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar"."

 Al baqarah,249

Ketika dikurniakan nikmat...bersyukurlah...sesungguhnya nikmat juga ujian daripada Allah

”Adapun manusia apabila Tuhannya menguji lalu memuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka ia berkata: ”Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata: Tuhanku menghinaku.” (Al-Fajr: 15-16)

YAKINLAH...walau apapun yang berlaku samada baik atau buruk..sesungguhnya itulah yang terbaik untuk kita...
dan yakinlah bahawa setiap sesuatu itu ada didalam gengaman Allah
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)


No comments:

Post a Comment