Labels

Thursday, December 12, 2013

Allah hantar Kamu

Assalammualaikum semua..kita semua sebagai muslim dan muslimah sebenarnya daie..haa mesti pernah dengar kan istilah daie ni,,yang bermaksud peyampai..

Manusia ni ada banyak ragam..kadang kala..kita bukan nak riak tapi hakikatnya kita memang sedar bahawa kita lebih baik dari sesetengah orang,kaum,masyarakat.Tetapi kesan dari hakikat ini membuatkan kita rasa tak selesa berada sesebuah kelompok itu..

Contohnya..kita selalau dekat asrama selalu datang masjid,bergaul dengan kelompok yang sama cara hidup dengan kita..memahami setiap anggota dalam kelompok tersebut..tapi bila kita keluar dari asrama,,semuanya berbeza..ada kawan-kawan kita yang tidak ke masjid setiap masa.Jadi kita rasa tak selesa,lalu meninggalkan kelompok tersebut...maka disinilah bermulanya Ujian dan tanggungjawab kita.

Allah itu Maha mengetahui...bila kita manusia yang In Syaa Allah lebih baik dari orang lain berhijrah ke tempat lain,,yang mungkin suasananya lebih teruk dari tempat asal kita..Allah meletakkan tanggungjawab seorang daie dan ujian keimanan terhadap kita,hambanya yang dia kasihi..

Walaupun kita betul-betul rasa tak selesa...cuba kita fikirkan..kalau aku pergi dari kelompok ini,,siapa yang nak tunjukkan jalan pada mereka...apa jadi pada mereka kalau tiada orang yang nak tunjukkan jalan pada mereka...kenapa nak sia-siakan peluang pahala berganda bila Allah yang mudahkan jalan..berdakwah ialah MLM akhirat.Allah telah menunjukkan jalan yang lurus pada kamu...Jadi sekarang kamu menjadi asbab bagi menunjukkan jalan pada mereka.

Nasihat saya..tenangkan diri..fikir sedalam-dalamnya...jika aku memutuskan untuk pergi..keputusan itu dibuat oleh imanku atau nafsuku....atau diriku sendiri yang malas hendak berdakwah....Mintalah bantuan dari Allah..Allah jua yang Maha berkuasa..

Namun...jangan paksa diri...kata orang melayu,,,ukur baju dibadan sendiri..kalau tak pasti untuk buat pilihan ...Allah dah sediakan Istiharah...

Kesimpulannya....jangan cepat jugdemental..sebab fitrah semua orang sukakan kebaikan..cuma bila lahir ke dunia nie ada syaitan yang menggoda..

Kalau ada rakan,jiran, sedara atau masyarakat yang perlukan bimbingan,,,bimbinglah..In Syaa Allah..Allah akan mudahkan jalan.Tunjukkanlah jalan kepada mereka,bukan tinggalkan mereka kerana kesusahan yang kita alami semasa menunjukkan jalan kepada mereka.

Kalau Benar Cinta mesti mahu ke 

Syurga Bersama-sama






No comments:

Post a Comment