Labels

Sunday, December 15, 2013

Sahabat Tidak Maksum

Alhamdulillah..Akhirnya selamat pulang dari program Haji dan Umrah bersama penuntun dari UTHM.Satu pengalaman yang menarik..melihat bagaimana generasi sebelum saya berfikir dan bertindak.Merekalah yang bakal membentuk masyarakat kita..kalau baik fikiran mereka maka baiklah masyarakat akan datang.Sebab itu Ulama kata hendak tengok masa depan sesebuah negara,lihatlah remajanya.

Ok.Kita selalu dengar ayat ini. "Aku bukan Malaikat,Aku bukan Maksum,"atau "Rasulullah itu Maksum,aku manusia biasa lain,kekuatan untuk beramal Rasulullah tinggi aku rendah.Tak layak aku ini kalau nak tegur orang...."

Sebenarnya pada saya ayat ini tak valid sebenarnya.Kerana Allah dah kurniakan Rasulullah Para Sahabat..Yang tidak Maksum...Pernah menjadi Jahiliyah yang teruk..tetapi akhirnya berjaya menjadi antara orang yang dijanjikan syurga oleh Allah

Kita lihat pada karakter Para Sahabat..tidak semuanya sama.ada yang tegas,ada yang lemah lembut,ada yang pemalu,ada yang sukakan binatang.Allah jadikan Para Sahabat sebagai penyambung kerja dakwah Nabi,,,namun disebabkan mereka tidak maksum tidak semua Para Sahabat itu sama 100% dengan Nabi..

Kalau kamu rasa diri kamu seorang yang kasar@garang..boleh contohi Saidina Umar R.A
Kalau kamu rasa diri kamu seorang yang lemah lembut ..boleh contohi Saidina Uthman R.A
Kalau kamu rasa ank jadi orang kaya ..boleh contohi Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A

Mulakan mencontohi satu demi satu sifat Para Sahabat..kerana mereka juga sama seperti kita..TIDAK MAKSUM..kalau mereka boleh..mengapa tidak kita..
Contoh..saya hendak jadi orang kaya..saya boleh mulakan dengan meneliti peribadi Saidina Abdul Rahman bin Auf..pada masa yang sama cuba mempraktikkan sifat Para Sahabat yang lain juga..

Dalam post kali ini saya tidak bermaksud bahawa kita tak perlu mengikuti Rasulullah S.A.W.Baginda tetap contoh teladan yang terbaik.Cuma disini saya harapkan tiada lagi orang  yang berputus asa dalam menegur,berdakwah,berhenti sekerat jalan dalam usaha semata-mata mereka kata mereka tidak seperti Rasulullah..
Jadi sekarang mencontohi Akhlak Rasulullah adalah target kita...Matlamatnya hendak dapatkan Redha Allah...Caranya belajar dari sifat Para Sahabat...

Para Sahabat dahulu pernah menjadi Jahiliyah..kemudian mereka diberi hidayah..lalu diuji iman mereka oleh Allah dengan pelbagai rintangan dalam berdakwah..Akhirnya..Allah bantu mereka Janjikan mera Nikmat SYURGA YANG ABADI.Kerana mereka telah membantu Agamanya.

Jika kau menolong (agama) Allah, niscaya DIA akan menolong & meneguhkan kedudukanmu (QS. Muhammad: 7)

In Sha Allah..






1 comment: