Labels

Saturday, March 1, 2014

Dont Lose Yourself

Assalamualaikum
Dalam perjalanan hidup ini , kita ada beberapa peringkat , dalam post kali ini saya ingin kongsikan perjalanan saya dalam peringkat kedua , hidup selepas sekolah yang sememangnya sangat-sangat bebas terasa bagi budak asrama macam saya..hahaha..

Masa kat asrama dulu,macam-macam program yang sekolah anjurkan,dan pelbagai jadual yang sangat ketat perlu dipatuhi , masa habis je paper bahasa Arab kat asrama dulu ,cakap kat diri sendiri dan kawan-kawan , mudah-mudahan amalan yang kita buat dekat sekolah ini dapatlah diteruskan semasa dekat rumah nanti.

Mudah-mudahanlah....

Namun sedikit demi sedikit , bukan mudah nak menghadapi godaan di rumah ini , kalau dulu tak solat Berjemaah Cikgu Rozi / Cikgu Samsudin datang ,,lari lintang pukang kitorang keluar asrama...Sekarang dah tak kisah sangat , Asal Solat sudah...

Bagi mana-mana yang perasan laa kan , sebenarnya sedikit demi sedikit kita tinggalkan amalan yang kita biasa buat..Dan tahniah saya ucapkan kepada yang perasan sebab Allah masih beri kita peluang untuk perbaiki diri....Tajuk Dont lose yourself ini sebenarnya diambil dari salah satu tajuk dalam novel Chicken Soup for the Soul..Dan ianya juga berlaku pada saya

Bila kita tinggal amalan yang kita selalu buat , sampai satu tahap kita rasa ada yang tak kena , macam ada sesuatu yang hilang tapi kita tak tahu apa bendanya..Dalam hati kita ini memang ada ruang yang mana Hanya Allah boleh isi ruang tu.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Ar-Ra'du , 28)


Bagi orang yang sedar akan perubahan ini pada diri masing-masing , marilah kembali ,Allah sudah pun  memanggil kamu, Rindu untuk mendengar rintihan Hamba-hambanya

p/s : Amalkanlah solat berjemaah (supaya tidak mudah digoda syaitan)
Bagi yang perempuan amalkanlah amalan yang selalu kamu semua buat,kalau boleh pergi berjemaah.solatlah berjemaah ok







5 comments:

  1. love you my friend

    ReplyDelete
  2. Farouk!!!! Yupp!!! Aq sokong ko yang telah menyokong syidi

    ReplyDelete
  3. trima kasih ingat kn syidi..bbrapa mnggu lpas aq ad alami aq rse mcm ad something ta kena..tp i dont know what it is..thanx friend..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah syidi,kau dah berubah akhirnya.

    ReplyDelete
  5. Semoge diri dapt diperbaiki bersame,,,Amiiin

    ReplyDelete