Labels

Wednesday, October 29, 2014

Segan Dengan ALLAH

Assalamualaikum

Manusia biasa tak maksum,dosa dengan kita itu memang tak dapat dielakkan...hari-hari kita doa minta syurga...minta itu-ini..mohon diampunkan dosa...but still..esok terbuat lagi dosa yang sama...atau sengaja buat dosa yang sama..sebab iman kita bukan consistent je sama level..ada naik turun...

buat dosa...taubat...buat dosa...taubat...buat dosa...taubat....sampai dan jadi rutin....sampai satu tahap kadang-kadang kita lemas...

lemas dalam buat dosa..lemas dalam taubat tiap-tiap hari..and we give up..kita berhenti taubat....sebab kita rasa segan...segan dengan Allah...hari ini kita mohon ampun kat Dia..esok kita ulang lagi...
dan..ada bila kita dah give up..kita semakin jauh..jauh dari Dia..

Aku share pengalaman sikit kat sini

Allah tak pernah jauh dari kita...KITA YANG JAUHKAN DIRI DARI DIA...
Kita rasa Allah dah tinggalkan kita...infact...tanda Dia sentiasa ingat kita adalah dia masih bagi kita peluang intuk rasa macam Dia dah tinggalkan kita.KITA MASIH MAMPU INGAT DIA(ALLAH)

ada kawan aku cakap..jangan give up
RAHMAT ALLAH LEBIH LUAS DARI KEMURKAANNYA...ko nak lari mana kalau ko jauhkan kiri ko dari DIA..




MATI HIDUP KEMBALI

Assalamualaikum..

Post kali ini ,aku nak kongsi pasal UP and DOWN dalam hidup kita.Kalau perasan aku dah lama tak update blog ni..mungkin boleh cakap masalah nak dapatkan wifi/internet kat tempat baru..tapi kalau fikirkan balik..itu semau alasan...alasan sebab rasa malas...

Orang selalu cakap,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..but pasal buat baik ni kan..kita mesti susah nak istiqamah kan..padahal masa mula-mula buat baik dulu..semangat…macam-macam kita plan..

Sebenarnya kita ini bukan tak tahu nak buat baik.senua orang biasanya ada perasaan nak buat baik dalam diri dia..kalau tak ada,,bukan orang laa kot..tapi selalunya kita hanya tahu..jarang faham…atau lebih teruk lagi …tahu dan fahamTAPI TAK NAK BUAT..

In summary,,bila kita dah buat baik..kadang-kadang kena paksa diri sikit nak ISTIQAMAH…
Dan kalau kita masuk dalam situati TAHU DAN FAHAM TAPI TAK NAK BUAT…itu tanda iman tengah low…doa dan usaha kuat sikit..kadang-kadang Allah nak upgrade kita punya iman dengan cara yang lain.





Friday, May 16, 2014

ISTIHARAH....Kita bukan wali

OK post kali ini pendek je...sebab rasanya macam dah agak terlambat...but still you have your time to choose

Sebulan dua ini ramai remaja sebaya saya bercelaru memilih jalan masa depan masing-masing...ada yang nak ke sana tapi dicampak jauh ke utara...ada pula yang buat leap of faith masuk matrik(sebab ramai kata matrik hardcore)

1.CARA BUAT SOLAT ISTIHARAH

-NIAT "sahaja aku solat sunat istiharah dua rakaat kerana Allah"
- Solat laa macam biasa
- masa doa..mintalah bantuan Allah untuk membrikan yang terbaik untuk kalian..
P/S = doa khusus boleh cari di google ataupun youtube ada banyak

Saya ingin fokuskan tentang jawapan istiharah..ada yang kata dapat mimpi laa petunjuk  laa..dan sebagainya..kenapa post kali ni tajuk dia ada KITA BUKAN WALI...
sebab pada saya jawapan bagi istiharah ialah ketenangan hati..kita bukan wali nak tahu mimpi kita itu betul atau salah..bukan juga wali untuk tahu mana satu petanda bagi Allah


Wednesday, April 9, 2014

Mother's Day

Assalamualaikum
ok..post kali ini nak cakap pasal esok..hari ibu...

Kita ini selalu main bedal je sambut itu sambut ini tanpa tahu asal usul sambutan tersebut diadakan..malah saya agak kecewa dengan sikap segelintir muslim yang mengetahui tapi menghiraukan,,, macam yang berlaku pada Valentine Day....kann

Ingat Sabda Rasulullah
Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

ok..so berdasarkan kajian saya yang tak seberapa..ada beberapa versi mana asal usul hari ibu ini...salah satunya ialah sambutan menyambut ibu Nabi Musa ,Maryam (THE VIRGIN MARY)...dan versi dari greek ada juga tapi saya tak berapa faham so check it out sendiri la ok.

mother day history

Kesimpulannya...Pada pendapat saya sambutan ini asalnya memanglah perkara yang baik..

tapi lihatlah jauh sikit hari ini kita sambut hari ibu macam mereka..satu hari nanti apa lagi sambutan yang kita akan sambut sama macam mereka..Syaitan itu Kreatif..dan Kafirin pun memang dari dulu planning baik punya nak jatuhkan Islam..jadi..sedar-sedarlah

Bukan nak melarang hargai ibu anda..tetapi laksanakanlah dengan cara yang lebih baik..contohnya hargai ibu anda setiap hari..kalau nak buat satu hari yang special pun..jangan lah sambut pada tarikh yang sama dengan tarikh yang mereka pilih (10 april)..

disini ada beberapa video yang jadi rujukan

Sunday, March 30, 2014

Couple ≠ Cinta

HAA Assalamualaikum...
Cinta adalah sesuatu yang hot sentiasa...idea ini dah datang dari tengah hari dati semasa membaca sebuah buku bertajuk Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf..Buku ini best..ok saya bukan nak ulas tentang buku tu

Zaman sekarang..Jelas lagi bersuluh cakap je CINTA.dalam kepala dah terbayang awek/pakwe....dating..tengok wayang,,jeling-jeling dan aktiviti yang sewaktu dengannya...Lagi laa zaman remaja ini..wahaha..macam-macam berlakukan

Saya mulakan dengan DEFINISI CINTA
Kalau benar CINTA mesti mahu ke SYURGA

Saya melihat hari ini ramai antara kita salah medefinisikan CINTA sehingga..hari ini CINTA dikatakn BUTA...wau..sentap...sebab dulu saya pun pernah cakap benda yang sama..walaupun sekadar gurauan...

CINTA ini fitrah,,jadi x Salah...Kalau kita Cakap pasal CINTA SEBELUM KAHWIN..ada yang kata HARAM..ada yang kata " takpelah CINTA kan FITRAH " haaa..hati-hati wahai saudara FITRAH jangan Jadikan FITNAH..

Jadi CINTA ini sebenarnya suci bersih dan membahagiakan..bukan menyebabkan hati menjadi buta,fikiran tak tentu hala..

Jadi adakah dating,tenung lama-lama, berpegangan tangan , sms tiap-tiap hari itu CINTA...sudah tentu bukan...CINTA sifatnya membawa ke syurga..bukan mengheret ke lembah neraka..

CINTA SEBELUM KAHWIN tak haram pada saya..tetapi cara kita bercinta yang menjadikannya HARAM...

Tak semestinya kalau berCINTA kena selalu berjumpa,tiap-tiap hari tanya khabar, meskipun tolong kejut subuh tiap-tiap pagi...Syaitan itu Kreatif..senang-senang je dia nak mainkan hati kita ini.

Jagalah kesucian CINTA..bina hubungan bukan dengan si dia sahaja..tunjukkan bahawa anda serius ,bina hubungan dengan keluarganya juga.Ikat tunang ke..kalau tak mampu bincang elok2...Then kalau rindu boleh ajak family anda makan dengan family dia ke..Buat family day ke..

hahaha..Mesti ramai lelaki terdiam kan baca ayat saya diatas..
Sebab tulaa CINTA bukan aku suka kau kau suka aku je..ada tanggungjawab,,nak bimbing diri dan pasangan serta anak2 ke syurga..ingat senang ke..

So ..tanya diri hati hendak dicintai..DIRI dah sedia ke nak BERCINTA

saya dah buat entry yang berkaitan sebelum ini..jadi check up laa ye

CINTA #1
CINTA #2
CINTA #3

Terima Kasih Kerana Membaca