Labels

Sunday, March 30, 2014

Couple ≠ Cinta

HAA Assalamualaikum...
Cinta adalah sesuatu yang hot sentiasa...idea ini dah datang dari tengah hari dati semasa membaca sebuah buku bertajuk Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf..Buku ini best..ok saya bukan nak ulas tentang buku tu

Zaman sekarang..Jelas lagi bersuluh cakap je CINTA.dalam kepala dah terbayang awek/pakwe....dating..tengok wayang,,jeling-jeling dan aktiviti yang sewaktu dengannya...Lagi laa zaman remaja ini..wahaha..macam-macam berlakukan

Saya mulakan dengan DEFINISI CINTA
Kalau benar CINTA mesti mahu ke SYURGA

Saya melihat hari ini ramai antara kita salah medefinisikan CINTA sehingga..hari ini CINTA dikatakn BUTA...wau..sentap...sebab dulu saya pun pernah cakap benda yang sama..walaupun sekadar gurauan...

CINTA ini fitrah,,jadi x Salah...Kalau kita Cakap pasal CINTA SEBELUM KAHWIN..ada yang kata HARAM..ada yang kata " takpelah CINTA kan FITRAH " haaa..hati-hati wahai saudara FITRAH jangan Jadikan FITNAH..

Jadi CINTA ini sebenarnya suci bersih dan membahagiakan..bukan menyebabkan hati menjadi buta,fikiran tak tentu hala..

Jadi adakah dating,tenung lama-lama, berpegangan tangan , sms tiap-tiap hari itu CINTA...sudah tentu bukan...CINTA sifatnya membawa ke syurga..bukan mengheret ke lembah neraka..

CINTA SEBELUM KAHWIN tak haram pada saya..tetapi cara kita bercinta yang menjadikannya HARAM...

Tak semestinya kalau berCINTA kena selalu berjumpa,tiap-tiap hari tanya khabar, meskipun tolong kejut subuh tiap-tiap pagi...Syaitan itu Kreatif..senang-senang je dia nak mainkan hati kita ini.

Jagalah kesucian CINTA..bina hubungan bukan dengan si dia sahaja..tunjukkan bahawa anda serius ,bina hubungan dengan keluarganya juga.Ikat tunang ke..kalau tak mampu bincang elok2...Then kalau rindu boleh ajak family anda makan dengan family dia ke..Buat family day ke..

hahaha..Mesti ramai lelaki terdiam kan baca ayat saya diatas..
Sebab tulaa CINTA bukan aku suka kau kau suka aku je..ada tanggungjawab,,nak bimbing diri dan pasangan serta anak2 ke syurga..ingat senang ke..

So ..tanya diri hati hendak dicintai..DIRI dah sedia ke nak BERCINTA

saya dah buat entry yang berkaitan sebelum ini..jadi check up laa ye

CINTA #1
CINTA #2
CINTA #3

Terima Kasih Kerana Membaca

1 comment: