Labels

Saturday, August 18, 2012

Berakhir Tak Bermakna TAMAT !!


Assalammualaikum...sedar ataupun tidak ,sekarang kita telah berada di penghujung Ramadhan....
Kepada Pembaca sekalian..tahniah dan syukur kerana telah berjaya melalui bulan Ramadhan ini dengan penuh sabar....

Walaubagaimanapun...perubahan yang telah dilakukan mestilah diteruskan...jangan kita tergolong dalam golongan yang mengkhususkan sesuatu ibadah itu...sehingga kita bersikap jumud terhadap ibadah tersebut(berfikiran sempit)

Sebagai contoh...
Jika di bulan Ramadhan kita mampu membaca Al-Quran sebanyak 1 juzu' sehari,..mengapa tidak kita teruskan di bulan-bulan yang lain....terpulang kepada kemampuan diri...

INGAT....JANGAN TERTIPU DENGAN TIPU MUSLIHAT SYAITAN...yang tak lama lagi akan dibebaskan...

Sebab itu bulan Ramadhan ini dikatakan bulan yang mendidik..kerana di bulan Ramadhan kita mendidik diri kita supaya berubah menjadi yang lebih baik..dan dengan didikan yang kita dapat itulah kita jadikan pedoman dan ikutan dalam kehidupan seharian....kerana dalam bulan Ramadhan ini kita dipermudahkan oleh Allah dalam mendidik diri kerana syaitan telah dirantai....

Biarlah amalan tersebut sedikit dan tidak dipandang orang..Asalkan kita melakukannya dengan ISTIQAMAH dan IKHLAS kerana Allah

Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca sekalian sekiranya blog saya ini ada menyakiti mana-mana pihak...semoga ilmu terus disebarkan dan dikembangkan...InsyaAllah

Jangan lupa kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan pada malam hari raya

Abu Amrah r.a :Sufyan bin Adbullah Atsaqafi r.a berkata,Aku berkata,Wahai Rasulullah,katakanlah kepadaku dalam Islam satu perkataan yang aku tidak akan menanyakannya kepada seorangpun selain padamu. Rasullah menjawab, "Katakanlah,saya beriman kemudian istiqamahlah"
(HR Muslim)

Allah Berfiman :Maka apabila kamu selesai(dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (Urusan yang lain)(As Syahru 94:7)

SELAMAT HARI RAYA




No comments:

Post a Comment