Labels

Saturday, August 4, 2012

Lailtul Qadar

Assalamualaikum..
Pertamanya,saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan pembaca sekalian tentang Pembahagian Ramadhan

Jadi sekarang sedar tak sedar dah masuk Ramadhan yang ke-16 dah kita,sepanjang pegajian kita di madrasah Ramadhan ini,mudah-mudahan banyak ilmu dan sunnah yang kita berjaya amalkan dan kongsikan sesama kita.Dalam bulan Ramadhan inilah kita perlu berusaha untuk meningkatkan Iman dan amal,semoga kita dipermudahkan dah usaha meningkatkan diri.

Antara ibadah yang boleh kita amalkan ialah membaca Al-Quran,Solat terawih,Berzikir.....kerana pada bulan ini tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga


Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan puasa, maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dirantai.” 



Jadi post kali ini ingin berkongsi tentang malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah :
Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (al-Qadr :3)

Antara tips yang boleh dikongsi untuk mencari bulan ramadhan adalah jadual Imam Ghazali :


Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.
Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh 

Walaubagaimanapun,malam Lailatul Qadar adalah rahsia Allah semata,kita hanya berusaha untuk mendapat fadhilat Ramadhan
Antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah
1. Pada malam tersebut,ramai orang akan berasa mengantuk.
2. Malam tersebut terasa amat tenang dan sunyi
3. Bintang-bintang tidak akan kelihatan pada malam itu.
Semoga kita sama-sama dapat menemui malam Lailatul Qadar ini 
InsyaAllah

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

 Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).




No comments:

Post a Comment