Labels

Saturday, June 2, 2012

Bida'ah : Bukti dan Sejarah #2

Hasil dari pembacaan dan kajian yang dilakukan
ada beberapa perkara yang saya boleh simpulan dari perkataan Bida'ah..

Sebagai contoh masalah Bida'ah....Kereta,Perarakan,Tahlil,Bacaan Yassin pada malam Jumaat dan pelbagai lagi perkara yang tiada pada zaman Rasulullah tetapi ada dan diamalkan pada zaman sekarang

Ingatlah wahai pembaca sekalian...Islam itu agama yang syumul dan sesuai untuk sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa........

Para Ulama telah membahagikan dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah kepada Dalil-Dalil Khusus dan Dalil-Dalil Umum...

Contoh dalil-dalil Khusus ialah



    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar didunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat."

Dalam Hadith ini telah dikhususkan perkara yang diharamkan iaitu khamar/arak

Contoh dalil-dalil Umum ialah


مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا ۖ وَمَن جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan. ( Al Qasas : 84 )

Dalam ayat ini...tidak dikhususkan apa itu amal baik dan apa itu amal jahat....jadi segala jenis kebaikan selama mana ia tidak melanggar syarak maka dibenarkan ...dan segala jenis kejahatan adalah dilarang...

Jika diingat kembali kisah Pembukuan Al-quran

Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar...Saidina Umar bin Al-Khattab telah mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengumpulkan Al-Quran kerana ramai hafiz telah syahid semasa memerangi golongan yang enggan membayar zakat,murtad dan Nabi palsu...

Saidina Abu Bakar berkata kepada Saidina Umar...
"Mengapa Engkau meyuruhku melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah?"....

Kemudian Saidina Umar menjelaskan akibat sekiranya Al-Quran tidak dikumpulkan....
Dan akhirnya Khalifah Abu Bakar setuju dengan cadangan Saidina Umar....

Dengan cerita ini...Telah jelas bahawa Saidina Abu Bakar yang merupakan sahabat Rasulullah yang paling dekat dengan Rasullullah..melakukan perkara yang Rasulullah tidak lakukan...



Sumber Rujukan

Ustaz Naufal,Ustaz Alwee,Ustaz Skyline(bukan nama sebenar),Ustaz Fudhzil,Ensiklopedia BIDAAH

Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan mengajukan soalan: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan, jika aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?” Rasulullah berkata: “Bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu. Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.”

Jangan kita terlalu taksub dengan sesuatu perkara
(pesan Ustaz Alwee)


No comments:

Post a Comment