Labels

Friday, June 29, 2012

Penantian adalah Satu Proses

Assalamualaikum..
dalam kesibukan disekolah kerana menyiapkan persediaan Nadwah Kepimpinan Islam...dapat jugak curi masa untuk update blog nie untuk jadi bacaan kengkawan yang dah balik ke rumah(huhuhu...tak memasah dapat cuti 3 hari je...)

Penantian adalah suatu proses...post nie sebenarnya bekenaan tentang persoalan masa depan..dalam kehidupan kita..kita selalu tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada masa akan datang...tak lupa jugak pada doa yang selalu kita pinta kepada Allah untuk kebaikan sepanjang hayat..jadi dalam Doa kit akan ..mesti ada sesutatu yang kita inginkan pada masa hadapan kan....

Ceritanya begini...
masa hari terakhir sebelum pergi ke pertandingan robotik (23/6\2012)....ada berbual dengan seorang senior nie..biasanya orang panggil dia Abang Tarmizi....jadi saya menyatakan pendapat saya...

Biasanya Allah akan susahkan sesuatu perkara tersebut kerana dua perkara...
Yang pertama ....Supaya kita lebih berusaha untuk memiliki perkara tersebut
Yang kedua.....Untuk memberitahu kita bahawa perkara tersebut sememangnya bukan untuk kita

Jadi saya kaitkan perkara ini dengan istiharah...
selalunya selepas kita dapat jawapan daripada Istiharah...kita akan tergerak untuk melakukan perkara yang telah dipilih kan..
tapi macam mana kalau jawapan yang kita dapat tu macam susah jalan dia kalau kita nak lakukan..
tulaa yang Abang Tarmizi cakap
Penantian adalah Satu Proses..kerana apa...kerana kita perlu yakin bahawa Allah Mengetahui sesuatu perkara yang terbaik untuk hambanya....dan Penantian adalah sesuatu yang perlu dalam hidup kita..kerana Penantian akan mengajar kita erti kesabaran, erti penat-lelah dalam usaha,dan dari Penantian jugak kita dapat pengalaman untuk menjadi panduan dalam hidup kita

Macam dalam kisah seekor Rama-rama..
Rama-Rama perlu bersusah payah untuk keluar dari kepompongnya sebelum menjadi seekor Rama-rama yang boleh terbang dan cantik....

So,as the conclusion...kalau kita dah istiharah..sabarlah menanti keputusan daripada tindakan yang telah kita ambil..kalau baik..Alhamdulillah...kalau sebaliknya...anggaplah ia sebagai salah satu dari pengalaman dan pengajaran dalam hidup kita


Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:
“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.”






No comments:

Post a Comment