Labels

Saturday, June 2, 2012

Bida'ah : Kefahaman Masyarakat #1

Assalammualaikum...
masa dekat sekolah ituari...kecoh pasal kes kekeliruan dalam bida'ah...jadi disini saya nak kongsikan sedikit ilmu tentang bida'ah...

Yang pertama, Bida'ah berasal dari perkataan Badaa' yang bermaksud sesuatu yang baharu...Jadi dalam perkara ini Bida'ah difahami sebagai satu perkara yang baharu dalam agama

Kita ada 4 Mazhab Utama dalam Islam...Hanya Mazhab Syafie'e sahaja yang membahagikan Bida'ah kepada dua bahagian iaitu Bida'ah Hasanah dan Bida'ah Dolalah/Sa'ia....Bida'ah Hasanah adalah perkara baharu dalam agama yang baik dan boleh diikut dan Bida'ah Dolalah ialah perkara baharu dalam agama yang meyimpang dan perlu dielakkan...

Perlu difahami bahawa walaupun Bida'ah Hasanah ialah perkara baharu dalam agama yang boleh dilakukan..
Ianya bukan bertujuan untuk menokok-tambah Ibadah dalam agama...

Kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam Khutbah Wida' ...


“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

Bida'ah Hasanah dilakukan apabila Ada keperluan umat,Difahami dengan Betul dan Tidak Berkaitan dengan Ibadah

1.Ada keperluan Umat
Contohnya  Perarakan pada hari Maulidur Rasul..Memang Benar Rasulullah tidak pernah melakukn perkara ini..Tetapi Perarakan diadakan untuk memupuk serta mengenalkan generasi muda kepada Rasulullah supaya Baginda tidak dilupakan oleh generasi muda...

BUKAN UNTUK MENAMBAH IBADAH DALAM AGAMA

2.Difahami dengan Betul
Maksudnya...Jika kita hendak Melakukan Bida'ah..kita perlulah faham dan dapt membezakan Bida'ah dengan Sunnah Rasulullah S.A.W

3.Tidak Berkaitan dengan Ibadah
Bemaksud tiada kaitan dengan ibadah yang telah ditetapkan oleh syarak..Sebagai contoh..ibadah tawaf ialah mengelilingi Kaa'bah sebanyak 7 kali..Maka sekiranya ada yang mengatakan bilangan pusingan ibadah tawaf ialah 8 kali maka itu adalah Bida'ah Dolalah


Sila Rujuk pada post Bida'ah  #2

Sekiranya ada yang tersilap atau mahu memberi pandangan...Silakan..
Sama-sama kita membongkar kebenaran demi kesejahteraan Umat ISLAM
InsyaAllah

Antara buku yang dijadikan Rujukan

No comments:

Post a Comment