Labels

Tuesday, November 13, 2012

sELaMaT menyambut Maal Hijrah



Alhamdulillah..Mungkin diri ini terlalu sibuk mengejar dunia..tak sedar dakwah kian tertinggal...

terasa begitu sekejap berada di 2012..sekarang dah nak masuk bulan Muharam 1434...nak kongsi sedikit camner kita nak sambut Maal Hijrah nie

Kaifiat

1.        Esok iaitu 29 Zul Hijjah 1433 Masihi,baca yassin sebelum maghrib.(dalam pukul 6.00)(suka hati korang nak buat pukul berapa,asal lepas asar sebelum maghrib)
2.        Baca doa akhir Tahun.


3.        Lepas solat Maghrib,baca yassin
4.        Baca doa awal tahun



haa...tak susah kan...dalam post nie jugak nak kongsi apa,kenapa,bagaimana nak sambut Maal Hijrah nie..

#1  Kenapa        

Maal Hijrah nie kita sambut bersempena mengingati peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi...masa tu mereka hijrah sebab turun wahyu dari Allah dan ancaman dari kaum musyrikin mekah.
Tapi sekarang kita hijrah dari segi akhlak,perwatakan,ekonomi dan segala perkara yang anda rasakan ianya positif laa..

#2  Apa

Maal bermaksud bersama dan Hijrah bermaksud pindah .Jadi Maal Hijrah boleh kita fahami BERPINDAH BERSAMA-SAMA .

#3 Bagaimana

* Mula-mula kita sambut Maal Hijrah dengan kaifiat yang saya dah kongsikan kat atas.
* Lepas tu kita disunatkan untuk berpuasa pada 1 Muharam,jadi kalau tahun nie pada hari khamis laa

Rasulullah S.A.W bersabda : "Puasa yang paling baik selepas ramadhan ialah puasa pada bulan Muharam.Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat malam"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)

* Yang paling penting sekali bagi saya....Bila cakap pasal Hijrah nie..kita kena nilai diri kita dan buat penghijrahan dari baik ke lebih baik...Dari segi apa..terpulanglah kepada diri masing-masing.....Dan kita juga kena ada azam baru...(berazamlah ikut kemampuan ok)
Sekian untuk post kali ini...Maaf andai tersilap maklumat

Selamat menyambut Maal Hijrah





1 comment: