Labels

Sunday, December 4, 2011

Syaitan Itu Kreatif

Assalamualaikum

Di dunia moden ini pelbagai peluang dibuka kepada syaitan untuk mensesatkan manusia...percaya atau tidak perkara yang ada disekeliling kita sering kali dijadikan senjata oleh syaitan..
Kebelakangan ini...saya sering menerima Sms berantai..tetapi kali ini caranya sudah berbeza

Sms berantai ini menggunakan Penyebaran agama sebagai modal perkara sms itu perlu di sebarkan

Perlu difahami oleh semua pengguna teknologi bahawa tidak semua maklumat yang kita terima adalah betul
sekiranya dalam sms tersebut menyatakan akibat menyebarkan atau tidak menyebarkan sms tersebut,,kita perlu kaji adakah kesan itu betul atau sebaliknya...

Katakanlah...sekiranya akibat itu benar maka Alhamdulillah tapi sekiranya akibat yang dinyatakan itu salah,maka ia menjadi kesilapan kita kerana menyebarkan perkara yang kita sendiri tidak pasti betul atau tidaknya

Sms yang kedua pula menggunakan nama-nama orang yang terkemuka seperti penjaga pintu kaabah,penjaga masjid madinah...e.t.c...
Adakah mesej ini boleh diyakini kebenarannya....

Bila ditanyakan kepada rakan-rakan kenaapa disabarkan juga sms sebegini walaupun tidak mengetahui kebenarannya

ada yang menjawab..."aku saje je sent/forward"
ada pula yang dengan selambernya menjawab "salah ke aku forwardkan"

Rakan-rakanku sekalian..jika kita dapat sms seperti ini..tolonglah jangan terus main sent aje..cuba fikirkan logiknya sms tersebut..mungkin perkara ini dilihat sebagai sesuatu permasalahan yang kecil...tetapi ingatlah
segala yang besar bemula dari sesuatu yang kecil

Syaitan akan menggunakan segala yang ada untuk menyesatkan anak adam
jika kita percaya dengan apa yang kita sendiri tidak pasti..maka dimana keyakinan kamu(iman) kepada Allah
Fikirkanlah dan sebarkanlah Ilmu ini

No comments:

Post a Comment