Labels

Sunday, December 4, 2011

Solat Tiang Agama


Assaalammualaikum..
Ini adalah bahagian kedua dari post yang bertajuk hijrahlah
Kali nie kita cerita pasal Solat

Sebagaimana yang kita sedia maklum solat merupakan ibadah yang terpenting dalam Islam sehinggakan dalam apa jua keadaan pun diwajibkan solat.Sebab tu dalam Islam ada Rukhsah solat...
Solat secara umum kita bahagikan kepada 2  jenis iaitu sendiri dan berjemaah
Rasulullah amat menitik beratkan kaum Adam untuk bersolat secara berjemaah

Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala."  -  Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.

bagi perempuan pula ...

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Jadi ternyata solat penting dalam Islam...banyak lagi hadis lain tentang solat ini...
Mari kita tanya 1 soalan pada diri kita "adakah aku telah menunaikan solat dengan betul selama ini?"
Walaupun kita telah lama meninggalkan memahami dan mengamalkannya adakah kita telah yakin dengan solat kita...
Cuba ingat kembali masa kita belajar bab solat dulu
adakah kita beri tumpuan atau kita main-main masa tu..
solat nie banyak sebenarnya yang perlu kita dalami
jangan sampai kita rasa solat kita dah sempurna
tapi kalau kita dah berusaha untuk memperbaiki solat kita..InsyaAllah..Allah itu Maha Mengetahui

Ingat jangan pernah miss solat anda(DOSA BESAR)

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)
(Maryam 19:59)

Hijrahlah dari solat yang ragu kepada solat yang diyakini kesempurnaannya
Bersambung di bahagian seterusnya

No comments:

Post a Comment