Labels

Monday, May 27, 2013

Silibus Hayat : PERCAYA dan TAKDIR #1


Alhamdulillah...setelah bertungkus-lumus selama tiga minggu,,,akhirnya tamat jua peperiksaan setengah tahun...Bersyukur juga kerana ilham masih lagi dikurniakan oleh Allah untuk meneruskan entry untuk Disebalik Kisah...ingat lagi tak saya pernah kata orang yang ditimpa kesusahan sebenarnya ialah orang yang sedang diuji oleh Allah.Beruntunglah mereka itu..
Dalam hidup kita,mesti selalu kita berdoa pada Allah kan,pernah tak kita berdoa dengan lafaz macam nie"Ya Allah,Kau kurniakanlah hati yang sabar dan tabah,kau kuatkanlah jiwaku ini.berilah padaku kesihatan tubah badan dan akal fikiran....Ya Allah kurniakanlah yang terbaik buat ku,sesungguhnya aku yakin bahawa takdirmu adalah yang terbaik buatku." takpun lafaz yang sewaktu dengannya...

Kalau pernah,ada tak lepas tu korang terasa macam hidup korang jadi serabut sikit.Then,datang bermacam-macam
kesusahan...Haa itulah tandanya doa korang dah diterima Allah kerana Allah berfirman

Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui oran-orang yang berdusta."
(al-Ankabut 2-3)
Jadi masa nielah korang punya iman diuji...
Ataupun ada antara doa yang lambat dimakbulkan ...Ingat...dalam doa kita tadi kita ada cakap "yakin bahawa takdirmu adalah yang terbaik buatku".Jadi masa nie keyakinan kita diuji oleh Allah
Jadi bila dah doa percayalah doa kita dan makbul dan yakinlah takdir itu yang terbaik .Ini adalah ujian dan latihan terbaik untuk memperbaiki dan meningkatkan iman kita,INSYAALLAH
 

No comments:

Post a Comment