Labels

Friday, May 4, 2012

Siapa Tahu Masa Depan


Dalam menjalani kehidupan seharian.Dugaan demi dugaan telah kita hadapi dalam menjalani kehidupan , sedikit sebanyak pasti terdetik dihati "Kenapa kita perlu berusaha kalau Allah sudah tetapkan masa depan kita?"....

Ketahuilah wahai sahabat..

Sesungguhnya Allah telah menulis qada dan qadar kita beribu tahun dahulu di Luh Mahfuz. Bila datangnya ajal, dari mana rezeki kita, siapa jodoh kita, bagaimana kehidupan yang kita lalui, Syurga atau Nerakakah tempat kita kembali nanti. Semua itu telah tertulis dan disusun dengan rapi oleh Allah. Segala qada dan qadar ini tersimpan kemas daripada pengetahuan sesiapa,hatta para malaikat pun tidak mengetahuinya.Dan tiadalah kita ini dikurniakan ilmu melainkan sedikit sahaja.



 
...Kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. 
 (Al-Israk   17:85)



Mengapa kita perlu risau tentang perkara yang kita memang tidak akan  mungkin mengetahuinya? Bukankah lebih baik kita cuba menjalani hidup kita sebaik mungkin dan melorongkan kehidupan kita pada jalan yang diredhai Allah?

 
Tiada paksaan dalam agama Islam,(yakni untuk memeluknya.Sesungguhnya telah nyata kebenaran(Islam) daripada kesesatan(Kekufuran)...  (Al-Baqarah 2 : 56)



Itu adalah lebih baik daripada risau memikirkan kita ini mati dalam keadaan beriman atau tidak, berjaya atau gagal dalam pelajaran, kita hidup bahagia atau tidak, kaya atau miskin. Bukankah lebih baik kita mengerakkan diri dalam mencari jalan yang diredhai oleh Allah? Seterusnya menjalani kehidupan kita dengan kehidupan yang terbaik dibawah redha Allah..InsyaAllah
Dan ingatlah,sesungguhnya telah banyak dalil Allah menyatakan bahawa kebaikan dan keburukan dalam kehidupan manusia itu adalah atas pilihan kita sendiri.
Lihat! Hidup kita ini ada pilihannya. Allah memang mengetahui apa pengakhiran kita.Tetapi apakah sama pengetahuan kita dengan pengetahuan Allah? Kepada Allah jugalah segala keputusan-Nya. Kita hanya berusaha, bergerak mencari redha-Nya
Natijahnya, usah kita risau tentang apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Masa hadapan yang masih kabur bagi kita untuk mengetahuinya. Maka, risaulah dengan apa yang tersedia di hadapan kita pada masa sekarang ini. Kehidupan yang berjalan untuk kita isi,dan perintah-perintah Allah untuk kita laksanakan sebagai tanda ketaatan kita kepada Illahi.Bersangka baiklah kepada Allah. InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan.







1 comment:

  1. yes..masa dpn kita memg telah ditetapkan..tp kita tetap perlu berusaha agar masa depan kita tu cerah dgn redhanya..:)

    ReplyDelete