Labels

Sunday, November 27, 2011

Terbaik dari-Nya

Duduk termenung...memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup ini........segalanya saling berkait rapat..dari kenakalan sejak kecil hinggalah kematangan semasa dewasa...jalan hidup seseorang itu sememangnya mempengaruhi perwatakan seseorang....Allah memang mempunyai perancangan yang terbaik buat hamba-Nya.....pernahkah anda semua terfikir....kenapa aku tidak selalu dapat apa yang aku mahu,,,dan pastinya hingga sekarang tidak ramai  yang sudah menemukan jawapannya.....

Apa yang anda perlu dan apa pula yang yang anda mahu...

Saya kisahkan sebuah kisah...

Seorang saintis telah menunggu seekor ulat yang dalam kepompong untuk bertukar menjadi rama-rama..akhirnya pada suatu hari ulat itu bergerak untuk keluar dari kepompongnya....saintis itu terus memerhatikan pergerakan sang ulat...didapati ulat itu menghadapi masalah untuk keluar dari kepompongnya..setelah menunggu agak lama....saintis itu membantu ulat itu keluar,..
Walaupun ulat itu berjaya keluar dan menjadi rama-rama..rama-rama itu tidak boleh terbang....saintis menjangkakan rama-rama itu akan boleh terbang tidak lama lagi....malangnya jangkaan saintis itu tadi meleset....dan akhirnya saintis itu mendapati....kesekaran semasa sang ulat itu hendak keluar dari kepompongnya lah yang akan membolehkan rama-rama itu terbang,,,,

Kita mungkin tidak dapat apa yang kita mahu..tapi kita selalu dapat apa yang kita perlu
Allah itu Maha Adil
Kita minta untuk jadi lebih kuat...Allah berikan DUGAAN untuk kita hadapi
Kita minta untuk jadi lebih bijak...Allah kurniakan UJIAN & MASALAH untuk kita selesaikan
Kita minta kepada Allah CINTA..Allah kurniakan ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG MISKIN untuk dikasihi
sekrang tanya diri kita sendiri.....apa yang kita pilih 
Yang kita perlu ataupun Yang kita mahu

Sesungguhnya dalam solat kita meminta jalan yang lurus.....
Maka Allah kurniakan kepada kita Rasulullah,Al-Quran,para Ulama
Terpulanglah sama ada mahu kita ikut atau kita butakan mata, pekakkan telinga

Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
Surah An-An'am, Ayat 5

No comments:

Post a Comment