Labels

Saturday, November 26, 2011

Berhijrahlah !!

Assalammualaikum...
Duduk di depan aquarium...melihat ikan-ikan ligat bermain-main.....sambil fikiran melayang memikirkan isi ceramah maal hijrah tadi....

Hari nie kita sambut maal hijrah sempena penghijrahan Nabi Muhamad S.A.W dari Mekah ke Madinah....
saya ingin berkongsi sedikit tentang isi ceramah tadi...
say kata sedikit sebab ceramah tadi banyak sangat laa isi dia,. jadi saya akan bahagikan kepada beberapa post ...

Bahagian pertama nie tentang menghayati pengorbanan Rasulullah dan para sahabat semasa penghijrahan
Mereka semua sanggup berkorban semata-mata untuk memenuhi perintah Allah
Cinta para sahabat dan Rasulullah kepada perintah Allah jelas kelihatan dalam peristiwa ini...
Saidina Ali contohnya...sanggup bertukar tempat tidur dengan Rasulullah demi menyelamatkan kekasih Allah ini...dan terbukti bahawa Allah Maha Berkuasa kerana Saidina Ali juga selamat dalam peristiwa ini...Begitu juga dengan para sahabat yang lain..berkorban meninggalkan tempat tinggal,perniagaan,harta benda,kerana mereka yakin perancangan Allah adalah yang terbaik..

Disebalik kisah pengorbanan ini...mari kita tanya diri kita ....Apakah yang kita sudah korbankan untuk agama kita..?
Apakah yang telah kita lakukan untuk menjaga dan meningkatkan iman kita?
Apakah bukti jika kita katakan kita mencintai Allah,Rasulullah dan Agama Islam..?
Biarlah hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja yang mengetahui jawapannya...

Selain itu ......tentang keyakinan kepada Allah
Di sekolah saya ada seorang guru yang sering mengingatkan kepada kami semua..DALAM HATI MAU ADA ALLAH....yakinlah dengan takdirnya...manusia memang boleh merancang,tapi ternyata perancangan Allah itu lebih teliti dan benar...

Akhir sekali dalam bahagian ini....CINTAILAH RASULULLAH
Rasulullah ada bersabda......Syurgalah...Syurgalah...Syurgalah...Bahagialah...Bahagialah...Bahagialah
kepada orang yang mematuhiku(menuruti ajaranku) walaupun dia tidak pernah melihatku
Lihatlah keistimewaan kita sebagai umat akhir zaman..sehingga Rasulullah mengulanginya sebanyak tiga kali

Semoga kita selamat dan berjaya pada tahun 1433h ini
Assalammualaikum dan sama-samalah kita bergerak menuju syurga








No comments:

Post a Comment