Labels

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Segan Dengan ALLAH

Assalamualaikum

Manusia biasa tak maksum,dosa dengan kita itu memang tak dapat dielakkan...hari-hari kita doa minta syurga...minta itu-ini..mohon diampunkan dosa...but still..esok terbuat lagi dosa yang sama...atau sengaja buat dosa yang sama..sebab iman kita bukan consistent je sama level..ada naik turun...

buat dosa...taubat...buat dosa...taubat...buat dosa...taubat....sampai dan jadi rutin....sampai satu tahap kadang-kadang kita lemas...

lemas dalam buat dosa..lemas dalam taubat tiap-tiap hari..and we give up..kita berhenti taubat....sebab kita rasa segan...segan dengan Allah...hari ini kita mohon ampun kat Dia..esok kita ulang lagi...
dan..ada bila kita dah give up..kita semakin jauh..jauh dari Dia..

Aku share pengalaman sikit kat sini

Allah tak pernah jauh dari kita...KITA YANG JAUHKAN DIRI DARI DIA...
Kita rasa Allah dah tinggalkan kita...infact...tanda Dia sentiasa ingat kita adalah dia masih bagi kita peluang intuk rasa macam Dia dah tinggalkan kita.KITA MASIH MAMPU INGAT DIA(ALLAH)

ada kawan aku cakap..jangan give up
RAHMAT ALLAH LEBIH LUAS DARI KEMURKAANNYA...ko nak lari mana kalau ko jauhkan kiri ko dari DIA..




MATI HIDUP KEMBALI

Assalamualaikum..

Post kali ini ,aku nak kongsi pasal UP and DOWN dalam hidup kita.Kalau perasan aku dah lama tak update blog ni..mungkin boleh cakap masalah nak dapatkan wifi/internet kat tempat baru..tapi kalau fikirkan balik..itu semau alasan...alasan sebab rasa malas...

Orang selalu cakap,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..but pasal buat baik ni kan..kita mesti susah nak istiqamah kan..padahal masa mula-mula buat baik dulu..semangat…macam-macam kita plan..

Sebenarnya kita ini bukan tak tahu nak buat baik.senua orang biasanya ada perasaan nak buat baik dalam diri dia..kalau tak ada,,bukan orang laa kot..tapi selalunya kita hanya tahu..jarang faham…atau lebih teruk lagi …tahu dan faham…TAPI TAK NAK BUAT..

In summary,,bila kita dah buat baik..kadang-kadang kena paksa diri sikit nak ISTIQAMAH…
Dan kalau kita masuk dalam situati TAHU DAN FAHAM TAPI TAK NAK BUAT…itu tanda iman tengah low…doa dan usaha kuat sikit..kadang-kadang Allah nak upgrade kita punya iman dengan cara yang lain.





Friday, May 16, 2014

ISTIHARAH....Kita bukan wali

OK post kali ini pendek je...sebab rasanya macam dah agak terlambat...but still you have your time to choose

Sebulan dua ini ramai remaja sebaya saya bercelaru memilih jalan masa depan masing-masing...ada yang nak ke sana tapi dicampak jauh ke utara...ada pula yang buat leap of faith masuk matrik(sebab ramai kata matrik hardcore)

1.CARA BUAT SOLAT ISTIHARAH

-NIAT "sahaja aku solat sunat istiharah dua rakaat kerana Allah"
- Solat laa macam biasa
- masa doa..mintalah bantuan Allah untuk membrikan yang terbaik untuk kalian..
P/S = doa khusus boleh cari di google ataupun youtube ada banyak

Saya ingin fokuskan tentang jawapan istiharah..ada yang kata dapat mimpi laa petunjuk  laa..dan sebagainya..kenapa post kali ni tajuk dia ada KITA BUKAN WALI...
sebab pada saya jawapan bagi istiharah ialah ketenangan hati..kita bukan wali nak tahu mimpi kita itu betul atau salah..bukan juga wali untuk tahu mana satu petanda bagi Allah


Wednesday, April 9, 2014

Mother's Day

Assalamualaikum
ok..post kali ini nak cakap pasal esok..hari ibu...

Kita ini selalu main bedal je sambut itu sambut ini tanpa tahu asal usul sambutan tersebut diadakan..malah saya agak kecewa dengan sikap segelintir muslim yang mengetahui tapi menghiraukan,,, macam yang berlaku pada Valentine Day....kann

Ingat Sabda Rasulullah
Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

ok..so berdasarkan kajian saya yang tak seberapa..ada beberapa versi mana asal usul hari ibu ini...salah satunya ialah sambutan menyambut ibu Nabi Musa ,Maryam (THE VIRGIN MARY)...dan versi dari greek ada juga tapi saya tak berapa faham so check it out sendiri la ok.

mother day history

Kesimpulannya...Pada pendapat saya sambutan ini asalnya memanglah perkara yang baik..

tapi lihatlah jauh sikit hari ini kita sambut hari ibu macam mereka..satu hari nanti apa lagi sambutan yang kita akan sambut sama macam mereka..Syaitan itu Kreatif..dan Kafirin pun memang dari dulu planning baik punya nak jatuhkan Islam..jadi..sedar-sedarlah

Bukan nak melarang hargai ibu anda..tetapi laksanakanlah dengan cara yang lebih baik..contohnya hargai ibu anda setiap hari..kalau nak buat satu hari yang special pun..jangan lah sambut pada tarikh yang sama dengan tarikh yang mereka pilih (10 april)..

disini ada beberapa video yang jadi rujukan

Sunday, March 30, 2014

Couple ≠ Cinta

HAA Assalamualaikum...
Cinta adalah sesuatu yang hot sentiasa...idea ini dah datang dari tengah hari dati semasa membaca sebuah buku bertajuk Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf..Buku ini best..ok saya bukan nak ulas tentang buku tu

Zaman sekarang..Jelas lagi bersuluh cakap je CINTA.dalam kepala dah terbayang awek/pakwe....dating..tengok wayang,,jeling-jeling dan aktiviti yang sewaktu dengannya...Lagi laa zaman remaja ini..wahaha..macam-macam berlakukan

Saya mulakan dengan DEFINISI CINTA
Kalau benar CINTA mesti mahu ke SYURGA

Saya melihat hari ini ramai antara kita salah medefinisikan CINTA sehingga..hari ini CINTA dikatakn BUTA...wau..sentap...sebab dulu saya pun pernah cakap benda yang sama..walaupun sekadar gurauan...

CINTA ini fitrah,,jadi x Salah...Kalau kita Cakap pasal CINTA SEBELUM KAHWIN..ada yang kata HARAM..ada yang kata " takpelah CINTA kan FITRAH " haaa..hati-hati wahai saudara FITRAH jangan Jadikan FITNAH..

Jadi CINTA ini sebenarnya suci bersih dan membahagiakan..bukan menyebabkan hati menjadi buta,fikiran tak tentu hala..

Jadi adakah dating,tenung lama-lama, berpegangan tangan , sms tiap-tiap hari itu CINTA...sudah tentu bukan...CINTA sifatnya membawa ke syurga..bukan mengheret ke lembah neraka..

CINTA SEBELUM KAHWIN tak haram pada saya..tetapi cara kita bercinta yang menjadikannya HARAM...

Tak semestinya kalau berCINTA kena selalu berjumpa,tiap-tiap hari tanya khabar, meskipun tolong kejut subuh tiap-tiap pagi...Syaitan itu Kreatif..senang-senang je dia nak mainkan hati kita ini.

Jagalah kesucian CINTA..bina hubungan bukan dengan si dia sahaja..tunjukkan bahawa anda serius ,bina hubungan dengan keluarganya juga.Ikat tunang ke..kalau tak mampu bincang elok2...Then kalau rindu boleh ajak family anda makan dengan family dia ke..Buat family day ke..

hahaha..Mesti ramai lelaki terdiam kan baca ayat saya diatas..
Sebab tulaa CINTA bukan aku suka kau kau suka aku je..ada tanggungjawab,,nak bimbing diri dan pasangan serta anak2 ke syurga..ingat senang ke..

So ..tanya diri hati hendak dicintai..DIRI dah sedia ke nak BERCINTA

saya dah buat entry yang berkaitan sebelum ini..jadi check up laa ye

CINTA #1
CINTA #2
CINTA #3

Terima Kasih Kerana Membaca

Too SMALL

Assalamualaikum..ok sekarang saya nak share tentang terlalu kecil...sebenarnya ini sambungan dari post Too Big..cadang nak gabungkan but,,takut panjang sangat..nanti orang malas baca..hehe..jangan terasa..

Bila cakap pasal terlalu kecil ini..kita seharusnya mudah faham..sebab benda kalau kecil kita ada kanta kalau nak lihat dengan jelas..

Kita selalu tidak ambil kisah tentang perkara yang kecil-kecil..sedangkan kalau kita fikirkan dengan teliti.perkara yang kita anggap kecil inilah yang akan membentuk sesuatu yang besar...

Dalam post kali ini,,perkara yang saya katakan kita selalu anggap kecil adalah Sunnah Rasulullah S.A.W..dan juga dosa-dosa kering(senang buat + selalu dapat)

Pertamanya..majoriti kita sering tidak lakukan sunnah-sunnah yang mudah..contohnya zikir bila ada masa lapang,jimatkan air dan mana-mana sunnah yang anda rasakan mudah untuk dilakukan..
Kesan amalan sunnah ini sebenarnya amat besar..malahan ianya boleh memberi kesan kepada dunia..Haa..Besar tak kesan dia...

Fikir logik ok....Dunia ini ada bermacam negara....dalam negara ada masyarakat...masyarakat dibentuk oleh individu...jadi kalau individu berjaya dan beriman....ia akan membentuk masyarakat yang berjaya dan beriman...dan seterusnya membentuk negara ISLAM yang berjaya dan beriman...secara tidak langsung In Shaa Allah mengubah pandangan dunia terhadap ISLAM DAN ORANG ISLAM...ingat..Islam dengan Orang Islam itu sesuatu yang berbeza...

Dosa kecil pun mengunakan konsep yang sama,bermula dari individu berkembang sebesar dunia...mungkin sekarang ada orang kata yeke ni...kita mungkin tak perasan..sebab kita tak terasa kesannya..perkara yang kecil-kecil ini kalau kita ramai-ramai buat baru nampak kesannya...Namun sekarang ini,nak ajak ramai-ramai amal sunnah yang mudah itu bukannya mudah..tetapi ianya tidak mustahil




Too BIG

Assalamualaikum..Entry kali ini sebenarnya dah lama nak post..but...tertangguh kerana cuba memikirkan macam mana nak sampaikan perkara ini dengan ayat yang paling mudah untuk difahami...
Secara logiknya kalau sesuatu itu terlalu besar,kita akan tidak perasan kewujudannya..analogi mudah...bila kita lihat sesuatu dengan jarak yang sangat dekat..kita sukar mengenal pasti objek tersebut bukan

Dan kalau sesuatu itu terlalu kecil pula..kita selalu hirau...macam semut kat atas tanah selalu kita terpijak..betul tak

Dalam hidup kita ini,ada sesuatu yang sangat besar..sehingga menyebabkan ramai orang tidak perasan akan kewujudannya..Selalu nampak,tapi tak perasan,atau tak ambil peduli pun..

Dan sesuatu yang besar itu adalah RANCANGAN MERUNTUHKAN ISLAM   

Ramai antara kita sekarang tahu bahawa musuh-musuh Islam sedang bergerak,merangka perancangan dengan begitu teliti..tetapi selalunya kita biarkan saja,,sebab kita sebenarnya masih tidak jelas tentang kesannya terhadap kita..
Sebagai contoh...perasan tidak,,,,kalau dulu kita rasa geli lihat adegan bercium di dalam TV..tetapi sekarang sudah jadi biasa
Dulu,,,,kalau tersentuh tangan berlainan gender kita rasa bersalah..sekarang..dah biasa dah..kalau nampak rakan-rakan buat pun.. “biasalah,tengah hot bercintakan”

Sebenarnya cara hidup kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh budaya-budaya yang merosakkan akhlak sekaligus melemahkan iman...Sedikit demi sedikit menanam penyakit wahn dalam hati
Orang-orang kafir ini bijak orangnya..mereka tahu kita tidak mungkin dikalahkan jika keyakinan kepada Allah masih utuh..jadi mereka lemahkan kita dengan jalan yang halus..seperti sumber makanan(rezeki),hiburan(gaya hidup),pergaulan lelaki dan perempuan.

TV memberi pengaruh yang kuat dalam diri kita secara tidak sedar.Perancangan MERUNTUHKAN ISLAM INI begitu besar hinggakan kita sering terlepas pandang...
Akhir sekali....ambil lah masa sekejap..buka mata,buka minda..cuba fikir..ada tidak dalam kehidupan kita ini perkara yang salah tetapi kita dah terbiasa dengannya


“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru
untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru
sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni
dulang berisi makanan.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada
ketika itu bilangan kami sedikit?”
Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu
bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di
air laut. Sesungguhnya Allah akan
 mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”
Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
|H.R Abu Daud|
Bersambung di too small





Saturday, March 1, 2014

Dont Lose Yourself

Assalamualaikum
Dalam perjalanan hidup ini , kita ada beberapa peringkat , dalam post kali ini saya ingin kongsikan perjalanan saya dalam peringkat kedua , hidup selepas sekolah yang sememangnya sangat-sangat bebas terasa bagi budak asrama macam saya..hahaha..

Masa kat asrama dulu,macam-macam program yang sekolah anjurkan,dan pelbagai jadual yang sangat ketat perlu dipatuhi , masa habis je paper bahasa Arab kat asrama dulu ,cakap kat diri sendiri dan kawan-kawan , mudah-mudahan amalan yang kita buat dekat sekolah ini dapatlah diteruskan semasa dekat rumah nanti.

Mudah-mudahanlah....

Namun sedikit demi sedikit , bukan mudah nak menghadapi godaan di rumah ini , kalau dulu tak solat Berjemaah Cikgu Rozi / Cikgu Samsudin datang ,,lari lintang pukang kitorang keluar asrama...Sekarang dah tak kisah sangat , Asal Solat sudah...

Bagi mana-mana yang perasan laa kan , sebenarnya sedikit demi sedikit kita tinggalkan amalan yang kita biasa buat..Dan tahniah saya ucapkan kepada yang perasan sebab Allah masih beri kita peluang untuk perbaiki diri....Tajuk Dont lose yourself ini sebenarnya diambil dari salah satu tajuk dalam novel Chicken Soup for the Soul..Dan ianya juga berlaku pada saya

Bila kita tinggal amalan yang kita selalu buat , sampai satu tahap kita rasa ada yang tak kena , macam ada sesuatu yang hilang tapi kita tak tahu apa bendanya..Dalam hati kita ini memang ada ruang yang mana Hanya Allah boleh isi ruang tu.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Ar-Ra'du , 28)


Bagi orang yang sedar akan perubahan ini pada diri masing-masing , marilah kembali ,Allah sudah pun  memanggil kamu, Rindu untuk mendengar rintihan Hamba-hambanya

p/s : Amalkanlah solat berjemaah (supaya tidak mudah digoda syaitan)
Bagi yang perempuan amalkanlah amalan yang selalu kamu semua buat,kalau boleh pergi berjemaah.solatlah berjemaah ok







Sunday, December 15, 2013

Sahabat Tidak Maksum

Alhamdulillah..Akhirnya selamat pulang dari program Haji dan Umrah bersama penuntun dari UTHM.Satu pengalaman yang menarik..melihat bagaimana generasi sebelum saya berfikir dan bertindak.Merekalah yang bakal membentuk masyarakat kita..kalau baik fikiran mereka maka baiklah masyarakat akan datang.Sebab itu Ulama kata hendak tengok masa depan sesebuah negara,lihatlah remajanya.

Ok.Kita selalu dengar ayat ini. "Aku bukan Malaikat,Aku bukan Maksum,"atau "Rasulullah itu Maksum,aku manusia biasa lain,kekuatan untuk beramal Rasulullah tinggi aku rendah.Tak layak aku ini kalau nak tegur orang...."

Sebenarnya pada saya ayat ini tak valid sebenarnya.Kerana Allah dah kurniakan Rasulullah Para Sahabat..Yang tidak Maksum...Pernah menjadi Jahiliyah yang teruk..tetapi akhirnya berjaya menjadi antara orang yang dijanjikan syurga oleh Allah

Kita lihat pada karakter Para Sahabat..tidak semuanya sama.ada yang tegas,ada yang lemah lembut,ada yang pemalu,ada yang sukakan binatang.Allah jadikan Para Sahabat sebagai penyambung kerja dakwah Nabi,,,namun disebabkan mereka tidak maksum tidak semua Para Sahabat itu sama 100% dengan Nabi..

Kalau kamu rasa diri kamu seorang yang kasar@garang..boleh contohi Saidina Umar R.A
Kalau kamu rasa diri kamu seorang yang lemah lembut ..boleh contohi Saidina Uthman R.A
Kalau kamu rasa ank jadi orang kaya ..boleh contohi Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A

Mulakan mencontohi satu demi satu sifat Para Sahabat..kerana mereka juga sama seperti kita..TIDAK MAKSUM..kalau mereka boleh..mengapa tidak kita..
Contoh..saya hendak jadi orang kaya..saya boleh mulakan dengan meneliti peribadi Saidina Abdul Rahman bin Auf..pada masa yang sama cuba mempraktikkan sifat Para Sahabat yang lain juga..

Dalam post kali ini saya tidak bermaksud bahawa kita tak perlu mengikuti Rasulullah S.A.W.Baginda tetap contoh teladan yang terbaik.Cuma disini saya harapkan tiada lagi orang  yang berputus asa dalam menegur,berdakwah,berhenti sekerat jalan dalam usaha semata-mata mereka kata mereka tidak seperti Rasulullah..
Jadi sekarang mencontohi Akhlak Rasulullah adalah target kita...Matlamatnya hendak dapatkan Redha Allah...Caranya belajar dari sifat Para Sahabat...

Para Sahabat dahulu pernah menjadi Jahiliyah..kemudian mereka diberi hidayah..lalu diuji iman mereka oleh Allah dengan pelbagai rintangan dalam berdakwah..Akhirnya..Allah bantu mereka Janjikan mera Nikmat SYURGA YANG ABADI.Kerana mereka telah membantu Agamanya.

Jika kau menolong (agama) Allah, niscaya DIA akan menolong & meneguhkan kedudukanmu (QS. Muhammad: 7)

In Sha Allah..






Thursday, December 12, 2013

Allah hantar Kamu

Assalammualaikum semua..kita semua sebagai muslim dan muslimah sebenarnya daie..haa mesti pernah dengar kan istilah daie ni,,yang bermaksud peyampai..

Manusia ni ada banyak ragam..kadang kala..kita bukan nak riak tapi hakikatnya kita memang sedar bahawa kita lebih baik dari sesetengah orang,kaum,masyarakat.Tetapi kesan dari hakikat ini membuatkan kita rasa tak selesa berada sesebuah kelompok itu..

Contohnya..kita selalau dekat asrama selalu datang masjid,bergaul dengan kelompok yang sama cara hidup dengan kita..memahami setiap anggota dalam kelompok tersebut..tapi bila kita keluar dari asrama,,semuanya berbeza..ada kawan-kawan kita yang tidak ke masjid setiap masa.Jadi kita rasa tak selesa,lalu meninggalkan kelompok tersebut...maka disinilah bermulanya Ujian dan tanggungjawab kita.

Allah itu Maha mengetahui...bila kita manusia yang In Syaa Allah lebih baik dari orang lain berhijrah ke tempat lain,,yang mungkin suasananya lebih teruk dari tempat asal kita..Allah meletakkan tanggungjawab seorang daie dan ujian keimanan terhadap kita,hambanya yang dia kasihi..

Walaupun kita betul-betul rasa tak selesa...cuba kita fikirkan..kalau aku pergi dari kelompok ini,,siapa yang nak tunjukkan jalan pada mereka...apa jadi pada mereka kalau tiada orang yang nak tunjukkan jalan pada mereka...kenapa nak sia-siakan peluang pahala berganda bila Allah yang mudahkan jalan..berdakwah ialah MLM akhirat.Allah telah menunjukkan jalan yang lurus pada kamu...Jadi sekarang kamu menjadi asbab bagi menunjukkan jalan pada mereka.

Nasihat saya..tenangkan diri..fikir sedalam-dalamnya...jika aku memutuskan untuk pergi..keputusan itu dibuat oleh imanku atau nafsuku....atau diriku sendiri yang malas hendak berdakwah....Mintalah bantuan dari Allah..Allah jua yang Maha berkuasa..

Namun...jangan paksa diri...kata orang melayu,,,ukur baju dibadan sendiri..kalau tak pasti untuk buat pilihan ...Allah dah sediakan Istiharah...

Kesimpulannya....jangan cepat jugdemental..sebab fitrah semua orang sukakan kebaikan..cuma bila lahir ke dunia nie ada syaitan yang menggoda..

Kalau ada rakan,jiran, sedara atau masyarakat yang perlukan bimbingan,,,bimbinglah..In Syaa Allah..Allah akan mudahkan jalan.Tunjukkanlah jalan kepada mereka,bukan tinggalkan mereka kerana kesusahan yang kita alami semasa menunjukkan jalan kepada mereka.

Kalau Benar Cinta mesti mahu ke 

Syurga Bersama-sama






Sunday, September 15, 2013

Jaga Jodoh Orang Lain

Assalammualaikum..sekarang sibuk buat countdown untuk SPM...sedikit peringatan buat diri dan rakan-rakan..post kali nie sekadar berkongsi..sebab..lepas nie saya dah habis tingkatan 5..dah ada terdengar perancangan kawan-kawan dan diri sendiri(mungkin) untuk berumahtangga,...wahaha..sarkastik kan..
Ok..kebanyakkan dari kita mesti nak jodoh yang baik kan?..baik lelaki mahupun perempuan..semua nak yang baik..yang bezanya..macam mana korang nilai perkataan 'baik' tu..
Cikgu Nazrin a.k.a kaunselor di SMSSI berkongsi dengan saya.."Kalau kita nak jodoh kita yang baik,kita kenalah jaga jodoh orang lain"
Maksudnya..sementara kita belum berjumpa dengan jodoh masing...kita kenalah jaga perhubungan kita dengan berlainan gender yang lain..sebab mungkin kawan kita tu jodoh kita..atau mungkin jodoh orang lain..
Kalau kita nak jodoh kita jenis orang yang baik(agama),,kita pun jagalah batas(agama) kita dengan orang lain..mudah-mudahan orang lain fikir yang sama macam kita..dan jaga batas pergaulan dengan jodoh kita..Indahkan Islam..
Contoh situasi kalau korang tak faham
Zaid suka pada Solehah.Kelas diorang sebelah-sebelah je..tapi disebabkan Solehah nie baik + pandai (dan segala sifat yang boleh korang pilih sendiri)..dia ramai peminat..salah satunya Syafiq(peminat Solehah jugak)...Syafiq pula suka pada Nabilah..kawan baiknya Zaid...dah macam adik beradik dah Zaid dengan Nabilah nie..
Tapi Zaid tetap menjaga batas dia dengan Nabilah(Jodoh Syafiq)..dengan harapan..kalau ada orang lain yang suka dekat Solehah akan menjaga batas hubungan dengan Solehah..
Takdir itu kuasa Allah..dalam cerita nie..Jodoh Syafiq adalah Nabilah..kawan baik Zaid...Jodoh Zaid pula mungkin Solehah mungkin orang lain..yang penting dia dah jaga jodoh orang lain dengan harapan jodoh dia pun dijaga sedemikian rupa...
Cerita ini rekaan semata-mata..kena percaya tapi korang tukarlah nama tu dengan nama-nama yang korang kenal

Kalau korang tak faham..nasib laa....
Jadi kesimpulannya 'NAK JODOH BAIK,JAGA JODOH ORANG LAIN'
Allah berfirman : "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An-Nur :26)


 


Tuesday, August 13, 2013

Jangan Judgemental

Assalamualaikum...seriously..lama sangat tinggalkan blog nie..
Kali ni kita akan berkongsi tentang jangan jadi penhukum dengan terlalu mudah..
Seringkali kita sebagai manusia yang dikurniakan
Akal akan melihat,memerhati apa yang berlaku di sekelilingnya...dalam tidak sedar pemerhatian itu membentuk satu penilaian..dan akhirnya membina pendirian diri atau senang ceritanya tanggapan kita pada sesuatu...
Tak salah nak menilai...memang Akal dikurniakan untuk menilai sesuatu pun..tapi kita perlu berhati-hati...sebab siapalah kita sebagai hamba untuk menilai perlakuan mahkluk Allah yang lain...
Jika kita lihat sekumpulan remaja yang sedang lepak...borak dan sebagainya...sedikit sebanyak kita akan terdetik untuk berfikir....Rosak budak nie...atau pada masa itu kita menilai...membandingkan diri sendiri dengan mereka..Untuk menilai sesuatu kita memerlukan ilmu...
Dengan ilmu jiwa akan menjadi bersih...bebas dari pengaruh bisikan syaitan dan nafsu yang sering bersangka buruk
Sebenarnya artikel ini Khas untuk pada Da'ie..untuk anda yang sedang membaca..kerana kita semua yang mengambil berat tentang umat ISLAM  adalah Da'ie...
Mudahnya sebagai konklusi... jangan mudah jatuhkan hukum pada orang....Islam itu Indah kerana ia Datang Dari Allah...Tapi kita umat Islam...Kita manusia sentiasa ada kelemahan...Jangan sampai akibat dari kelemahan kita..Islam ini dipandang lemah dan hina

Jangan mencipta skeptism Agama sendiri

Monday, May 27, 2013

Silibus Hayat : PERCAYA dan TAKDIR #1


Alhamdulillah...setelah bertungkus-lumus selama tiga minggu,,,akhirnya tamat jua peperiksaan setengah tahun...Bersyukur juga kerana ilham masih lagi dikurniakan oleh Allah untuk meneruskan entry untuk Disebalik Kisah...ingat lagi tak saya pernah kata orang yang ditimpa kesusahan sebenarnya ialah orang yang sedang diuji oleh Allah.Beruntunglah mereka itu..
Dalam hidup kita,mesti selalu kita berdoa pada Allah kan,pernah tak kita berdoa dengan lafaz macam nie"Ya Allah,Kau kurniakanlah hati yang sabar dan tabah,kau kuatkanlah jiwaku ini.berilah padaku kesihatan tubah badan dan akal fikiran....Ya Allah kurniakanlah yang terbaik buat ku,sesungguhnya aku yakin bahawa takdirmu adalah yang terbaik buatku." takpun lafaz yang sewaktu dengannya...

Kalau pernah,ada tak lepas tu korang terasa macam hidup korang jadi serabut sikit.Then,datang bermacam-macam
kesusahan...Haa itulah tandanya doa korang dah diterima Allah kerana Allah berfirman

Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui oran-orang yang berdusta."
(al-Ankabut 2-3)
Jadi masa nielah korang punya iman diuji...
Ataupun ada antara doa yang lambat dimakbulkan ...Ingat...dalam doa kita tadi kita ada cakap "yakin bahawa takdirmu adalah yang terbaik buatku".Jadi masa nie keyakinan kita diuji oleh Allah
Jadi bila dah doa percayalah doa kita dan makbul dan yakinlah takdir itu yang terbaik .Ini adalah ujian dan latihan terbaik untuk memperbaiki dan meningkatkan iman kita,INSYAALLAH
 

Sunday, April 28, 2013

Chosen One

Lama x datang kat sini kan..
haa...walaupun tajuk post kali nie memang ciplak dari maher zain punya tajuk lagu...isi dia lain dan insyaAllah dapat membuka mata dan hati kita semua
Moga-moga mendapat hidayah dan taufik laa kan..

Pernah tak kita rase hidup nie susah sangat...hati gelisah..dah cuba kembali pada Allah...tapi still rasa tak best gak...ada je gelisah kat hati...tak pun tertanya-tanya apalah silap aku kali nie...ada je dugaan..

haa..tulaa..sebenarnya bila Allah duga kita dia sayang pada kita...

YAKINLAH BAHAWA BILA ALLAH UJI KAMU SEBENARNYA KAMU DIPILIH UNTUK DIAJAR OLEH ALLAH SENDIRI...

Ada satu hadis

Rasulullah bersabda : Setiap orang ada mertabatnya yang tersendiri disisi Allah,jika dia tidak mampu mencapai mertabat tersebut dengan amalnya.Maka Allah akan turunkan ujian dan dugaan,supaya dia dapat mencapai mertabat tersebut dengan Menghadapi ujian tersebut...

Maaf terlupa riwayat siapa...Ada dalam kitab muntakab hadis



Saturday, March 30, 2013

Why Me?


Ishy..sibuklah awak nie...dalam ramai-ramai perempuan yang pakai tudung dalam kedai nie..kenapa awak tegur saya...tengok tu..ramai lagi perempuan lain yang tak pakai tudung..pergilah tegur diorang tu...Kaum awak(lelaki) sendiri pun ramai lagi yang tak tutup aurat nak bising-bising kat orang lain...

Saya tak bermaksud nak menghina cik..cik tanya kenapa saya tegur cik bukannya perempuan lain sebab pertama Allah turunkan hidayah dan taufiq untuk cik bukan perempuan lain..mereka yang lain tu insyaAllah..mungkin belum tiba masanya...dan yang kedua...cik selangkah kehadapan dari mereka yang tidak bertudung...
Bukan semua orang akan alami situasi camnie..sekadar untuk kita fikir sama-sama....kadang-kadang ada orang fikir...tak ada orang tegur maknanya tak salah la kan....

tutuplah Aurat dengan sempurna baik lelaki mahupun perempuan...Kamu bertudung
bukan sekadar untuk diri kamu...tetapi membawa nama ISLAM...jika orang kafir lihat orang ISLAM sendiri melanggar syariatnya mengapa mereka yang kafir ini harus ikut dan menganut agama ISLAM....fahamilah mereka tak semua tahu dan benar-benar faham tentang iman...

Bersama kita
PATUH PADA AGAMA
Patuh pada Agama bukan sesuatu yang ortodoks

"...Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu,maka ambillah akan dia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya...."
(Surah al-Hasyr ayat 7)



Friday, March 8, 2013

Better Jangan SOMBONG!!



Assalammualaikum...dah lama tinggal blog nie..apentah nak jadi ngan Si penulis nie..haha...
Kali nie saya nak kongi tentang Kita Hamba Allah Tuan@Tuhan
Orang kata kita kalau nak kejar dunia..Sampai kiamat pun tak habis...Jadi lebih baik kejar Akhirat..
Tapi saya nak share satu perkara ...Kita boleh kejar dunia yang takkan habis nie...tapi melalui cara akhirat..
Iaitu solat Hajat
Solat nie kita boleh lakukan siang dan malam...dan pastinya ramai antara pembaca dah tahu kaifiat(pelaksanaan) solat hajat nie kan...
Kita hidup kat dunia nie ada banyak hajat/demand/keinginan tapi  sekarang majoriti kita memilih untuk bergantung pada makhluk untuk mencapai hajat tersebut..
Asal kata periksa mediumnya belajar
kalau kata barang hilang mediumnya cari
kalau pertandingan pula mediumnya latihan...
sebenarnya kita lupa bahawa hakihatnya semuanya adalah medium@asbab supaya akal kita boleh terima....Allah jugalah sumber segala sesuatu
Jangan kita jadi sombong pada Allah...
Dalam hati ada hajat tapi dilayan nafsu malas untuk meminta pada Allah...lepas tu pada makhluk jugak dia minta tolong...sebaik-baik penolong ialah Allah,dan kepadanyalah kita meminta-minta.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” -(Hadis riwayat Muslim)

“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.”
(Surah al-Mukmin, ayat 60)






Friday, January 25, 2013

Traveler #1 : Solat atas Flight


Assalamualaikum
Dalam kesibukan diri membuat persediaan..Alhamdulillah sempat juga berkongsi ilmu bersama korang..

Ok...Point penting perlu kita faham sekarang ialah TIADA SOLAT MENGHORMATI WAKTU...

Kerana 1 : Solat wajib dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja
  2 : Tiada nas dari Hadith atau Al-quran tentang solat menghormati waktu


“Sesungguhnya itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nisaa ,ayat 103)

So,no more solat menghormati waktu

Ok...start solat dalam Flight...

 #1 Wudhu

Kena ambil wudhu guna air tak kira macam mana sekalipun..kita bleh guna spray air yang kecil (150ml)..sebab selagi mana air tak terpisah dari anggota wudhu..ianya masih lagi air mutlak..

Tapi kalau pramugari tak bagi .try laa pakai spray yang disarankan tu..Kalau darurat yang benar-benar darurat je boleh tayammum@sakit/tak ada air

#2 : Solat
Takbir pertama perlu menghadap kiblat@dada dan muka...seluruh badan kalau dapat...

Tapi dalam hal nie ada 2 pendapat...ada yang kata kena ikut arah kiblat...ada yang kata boleh ikut kiblat yang kita yakini(ikut gerak hati)....tapi sekarangkan dah maju..takkan tak boleh cari kiblat kot...
Pastu solat dalam keadaan berdiri kalau boleh..kalau tak boleh cuba solat duduk...
SOLAT INI TAK PERLU DIQADA’KAN  apabila sampai di darat

Sebab- sebab qada’
          1 : Tertidur sehingga waktu solat habis
          2 : Terlupa

          Dari Anas bin Malik r.a : “Barangsiapa upa untuk solat atau tertidur,hendaklah dia menunaikannya apabila teringat.Tidak ada hukuman selain itu.
(Hadith riwayat BUkhari dan Muslim,Musykat Al-Masabih,3/181/046)

Sumber : Ustaz Jamal @ Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak
Selamat Mengembara...



Sunday, December 30, 2012

Checkpoint !!


Alhamdulillah...Sepanjang cuti ini,bukan tiada masa untuk update blog ini,tetapi saya mungkin belum diizinkan oleh Allah untuk berkongsi Ilham.
Jadi pada kali ini,saya akan berkongsi tentang titik rehat,ataupun Checkpoint,dalam kehidupan seharian kita,kita selalu melalui perjalanan yang panjang...
Jika sebuah kereta dari Utara ke Selatan ada R&R.Hidup kita juga ada R&R...
Sesungguhnya kita ini manusia biasa menjadi fitrahkita berharap pada tuhan atau secara lisannya sesuatu yang kita percaya berkuasa keatas kita..

Rasulullah S.A.W bersabda : “Sungguh mengagumkan seorang mukmin.Sesungguhnya semua perkara adalah baik baginya. Dan tidaklah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin.Jika dia merasa kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya.Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan iu lebih baik baginya.” – Hadith riwayat Muslim

Dalam hidup,..kadang-kadang kita berasa kitalah manusia paling malang,membuktikan betapa bijaknya syatan menghasut.Kadang-kadang kita rasa kitalah manusia paling bertuah,jika tidak berhati-hati mungkin membuka pintu hasutan syaitan.Wahai SAHABAT,belajarlah menjadi seorang mukmin.Rasulullah sendiri bersabda “ Dan itu lebih baik baginya”.

Checkpoint 1
Checkpoint yang paling kerap kita singgahi ialah solat fardhu lima waktu.Dalam 24 jam kita hamba yang lemah perlu berhenti,berhenti mengejar dunia,memberi ruang untuk roh pula meneruskan mengisi bekalan dan perjalanan.Hakikatnya tubuh ini hanya sebuah bekas,yang mengandungi roh,hakikat dunia adalah hanya 1 bahagian dari perjalanan yang infiniti.
Dalam solat kita kembali kepada fitrah,mengadu kepada Allah,meminta pertolongan,kerana hanya Allah sebaik-baik penolong.
Buktinya walau berapa lama kita telah meninggalkan solat,ada masanya hidayah Allah dating singgah di hati menjemput bersolat,


Checkpoint 2
Checkpoint yang ke-2 ialah kesusahan,Allah sayang pada kita,memilih kita menjadi hambanya yang sentiasa ingat padanya,Allah rindu pada kita,menjadikan kita hambanya yang merintih memohon padanya.Memilih kita untuk menjadi Ahlul Jannah,InsyaAllah