Labels

Sunday, March 30, 2014

Too SMALL

Assalamualaikum..ok sekarang saya nak share tentang terlalu kecil...sebenarnya ini sambungan dari post Too Big..cadang nak gabungkan but,,takut panjang sangat..nanti orang malas baca..hehe..jangan terasa..

Bila cakap pasal terlalu kecil ini..kita seharusnya mudah faham..sebab benda kalau kecil kita ada kanta kalau nak lihat dengan jelas..

Kita selalu tidak ambil kisah tentang perkara yang kecil-kecil..sedangkan kalau kita fikirkan dengan teliti.perkara yang kita anggap kecil inilah yang akan membentuk sesuatu yang besar...

Dalam post kali ini,,perkara yang saya katakan kita selalu anggap kecil adalah Sunnah Rasulullah S.A.W..dan juga dosa-dosa kering(senang buat + selalu dapat)

Pertamanya..majoriti kita sering tidak lakukan sunnah-sunnah yang mudah..contohnya zikir bila ada masa lapang,jimatkan air dan mana-mana sunnah yang anda rasakan mudah untuk dilakukan..
Kesan amalan sunnah ini sebenarnya amat besar..malahan ianya boleh memberi kesan kepada dunia..Haa..Besar tak kesan dia...

Fikir logik ok....Dunia ini ada bermacam negara....dalam negara ada masyarakat...masyarakat dibentuk oleh individu...jadi kalau individu berjaya dan beriman....ia akan membentuk masyarakat yang berjaya dan beriman...dan seterusnya membentuk negara ISLAM yang berjaya dan beriman...secara tidak langsung In Shaa Allah mengubah pandangan dunia terhadap ISLAM DAN ORANG ISLAM...ingat..Islam dengan Orang Islam itu sesuatu yang berbeza...

Dosa kecil pun mengunakan konsep yang sama,bermula dari individu berkembang sebesar dunia...mungkin sekarang ada orang kata yeke ni...kita mungkin tak perasan..sebab kita tak terasa kesannya..perkara yang kecil-kecil ini kalau kita ramai-ramai buat baru nampak kesannya...Namun sekarang ini,nak ajak ramai-ramai amal sunnah yang mudah itu bukannya mudah..tetapi ianya tidak mustahil




Too BIG

Assalamualaikum..Entry kali ini sebenarnya dah lama nak post..but...tertangguh kerana cuba memikirkan macam mana nak sampaikan perkara ini dengan ayat yang paling mudah untuk difahami...
Secara logiknya kalau sesuatu itu terlalu besar,kita akan tidak perasan kewujudannya..analogi mudah...bila kita lihat sesuatu dengan jarak yang sangat dekat..kita sukar mengenal pasti objek tersebut bukan

Dan kalau sesuatu itu terlalu kecil pula..kita selalu hirau...macam semut kat atas tanah selalu kita terpijak..betul tak

Dalam hidup kita ini,ada sesuatu yang sangat besar..sehingga menyebabkan ramai orang tidak perasan akan kewujudannya..Selalu nampak,tapi tak perasan,atau tak ambil peduli pun..

Dan sesuatu yang besar itu adalah RANCANGAN MERUNTUHKAN ISLAM   

Ramai antara kita sekarang tahu bahawa musuh-musuh Islam sedang bergerak,merangka perancangan dengan begitu teliti..tetapi selalunya kita biarkan saja,,sebab kita sebenarnya masih tidak jelas tentang kesannya terhadap kita..
Sebagai contoh...perasan tidak,,,,kalau dulu kita rasa geli lihat adegan bercium di dalam TV..tetapi sekarang sudah jadi biasa
Dulu,,,,kalau tersentuh tangan berlainan gender kita rasa bersalah..sekarang..dah biasa dah..kalau nampak rakan-rakan buat pun.. “biasalah,tengah hot bercintakan”

Sebenarnya cara hidup kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh budaya-budaya yang merosakkan akhlak sekaligus melemahkan iman...Sedikit demi sedikit menanam penyakit wahn dalam hati
Orang-orang kafir ini bijak orangnya..mereka tahu kita tidak mungkin dikalahkan jika keyakinan kepada Allah masih utuh..jadi mereka lemahkan kita dengan jalan yang halus..seperti sumber makanan(rezeki),hiburan(gaya hidup),pergaulan lelaki dan perempuan.

TV memberi pengaruh yang kuat dalam diri kita secara tidak sedar.Perancangan MERUNTUHKAN ISLAM INI begitu besar hinggakan kita sering terlepas pandang...
Akhir sekali....ambil lah masa sekejap..buka mata,buka minda..cuba fikir..ada tidak dalam kehidupan kita ini perkara yang salah tetapi kita dah terbiasa dengannya


“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru
untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru
sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni
dulang berisi makanan.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada
ketika itu bilangan kami sedikit?”
Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu
bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di
air laut. Sesungguhnya Allah akan
 mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”
Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
|H.R Abu Daud|
Bersambung di too small





Saturday, March 1, 2014

Dont Lose Yourself

Assalamualaikum
Dalam perjalanan hidup ini , kita ada beberapa peringkat , dalam post kali ini saya ingin kongsikan perjalanan saya dalam peringkat kedua , hidup selepas sekolah yang sememangnya sangat-sangat bebas terasa bagi budak asrama macam saya..hahaha..

Masa kat asrama dulu,macam-macam program yang sekolah anjurkan,dan pelbagai jadual yang sangat ketat perlu dipatuhi , masa habis je paper bahasa Arab kat asrama dulu ,cakap kat diri sendiri dan kawan-kawan , mudah-mudahan amalan yang kita buat dekat sekolah ini dapatlah diteruskan semasa dekat rumah nanti.

Mudah-mudahanlah....

Namun sedikit demi sedikit , bukan mudah nak menghadapi godaan di rumah ini , kalau dulu tak solat Berjemaah Cikgu Rozi / Cikgu Samsudin datang ,,lari lintang pukang kitorang keluar asrama...Sekarang dah tak kisah sangat , Asal Solat sudah...

Bagi mana-mana yang perasan laa kan , sebenarnya sedikit demi sedikit kita tinggalkan amalan yang kita biasa buat..Dan tahniah saya ucapkan kepada yang perasan sebab Allah masih beri kita peluang untuk perbaiki diri....Tajuk Dont lose yourself ini sebenarnya diambil dari salah satu tajuk dalam novel Chicken Soup for the Soul..Dan ianya juga berlaku pada saya

Bila kita tinggal amalan yang kita selalu buat , sampai satu tahap kita rasa ada yang tak kena , macam ada sesuatu yang hilang tapi kita tak tahu apa bendanya..Dalam hati kita ini memang ada ruang yang mana Hanya Allah boleh isi ruang tu.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Ar-Ra'du , 28)


Bagi orang yang sedar akan perubahan ini pada diri masing-masing , marilah kembali ,Allah sudah pun  memanggil kamu, Rindu untuk mendengar rintihan Hamba-hambanya

p/s : Amalkanlah solat berjemaah (supaya tidak mudah digoda syaitan)
Bagi yang perempuan amalkanlah amalan yang selalu kamu semua buat,kalau boleh pergi berjemaah.solatlah berjemaah ok







Sunday, December 15, 2013

Sahabat Tidak Maksum

Alhamdulillah..Akhirnya selamat pulang dari program Haji dan Umrah bersama penuntun dari UTHM.Satu pengalaman yang menarik..melihat bagaimana generasi sebelum saya berfikir dan bertindak.Merekalah yang bakal membentuk masyarakat kita..kalau baik fikiran mereka maka baiklah masyarakat akan datang.Sebab itu Ulama kata hendak tengok masa depan sesebuah negara,lihatlah remajanya.

Ok.Kita selalu dengar ayat ini. "Aku bukan Malaikat,Aku bukan Maksum,"atau "Rasulullah itu Maksum,aku manusia biasa lain,kekuatan untuk beramal Rasulullah tinggi aku rendah.Tak layak aku ini kalau nak tegur orang...."

Sebenarnya pada saya ayat ini tak valid sebenarnya.Kerana Allah dah kurniakan Rasulullah Para Sahabat..Yang tidak Maksum...Pernah menjadi Jahiliyah yang teruk..tetapi akhirnya berjaya menjadi antara orang yang dijanjikan syurga oleh Allah

Kita lihat pada karakter Para Sahabat..tidak semuanya sama.ada yang tegas,ada yang lemah lembut,ada yang pemalu,ada yang sukakan binatang.Allah jadikan Para Sahabat sebagai penyambung kerja dakwah Nabi,,,namun disebabkan mereka tidak maksum tidak semua Para Sahabat itu sama 100% dengan Nabi..

Kalau kamu rasa diri kamu seorang yang kasar@garang..boleh contohi Saidina Umar R.A
Kalau kamu rasa diri kamu seorang yang lemah lembut ..boleh contohi Saidina Uthman R.A
Kalau kamu rasa ank jadi orang kaya ..boleh contohi Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A

Mulakan mencontohi satu demi satu sifat Para Sahabat..kerana mereka juga sama seperti kita..TIDAK MAKSUM..kalau mereka boleh..mengapa tidak kita..
Contoh..saya hendak jadi orang kaya..saya boleh mulakan dengan meneliti peribadi Saidina Abdul Rahman bin Auf..pada masa yang sama cuba mempraktikkan sifat Para Sahabat yang lain juga..

Dalam post kali ini saya tidak bermaksud bahawa kita tak perlu mengikuti Rasulullah S.A.W.Baginda tetap contoh teladan yang terbaik.Cuma disini saya harapkan tiada lagi orang  yang berputus asa dalam menegur,berdakwah,berhenti sekerat jalan dalam usaha semata-mata mereka kata mereka tidak seperti Rasulullah..
Jadi sekarang mencontohi Akhlak Rasulullah adalah target kita...Matlamatnya hendak dapatkan Redha Allah...Caranya belajar dari sifat Para Sahabat...

Para Sahabat dahulu pernah menjadi Jahiliyah..kemudian mereka diberi hidayah..lalu diuji iman mereka oleh Allah dengan pelbagai rintangan dalam berdakwah..Akhirnya..Allah bantu mereka Janjikan mera Nikmat SYURGA YANG ABADI.Kerana mereka telah membantu Agamanya.

Jika kau menolong (agama) Allah, niscaya DIA akan menolong & meneguhkan kedudukanmu (QS. Muhammad: 7)

In Sha Allah..






Thursday, December 12, 2013

Allah hantar Kamu

Assalammualaikum semua..kita semua sebagai muslim dan muslimah sebenarnya daie..haa mesti pernah dengar kan istilah daie ni,,yang bermaksud peyampai..

Manusia ni ada banyak ragam..kadang kala..kita bukan nak riak tapi hakikatnya kita memang sedar bahawa kita lebih baik dari sesetengah orang,kaum,masyarakat.Tetapi kesan dari hakikat ini membuatkan kita rasa tak selesa berada sesebuah kelompok itu..

Contohnya..kita selalau dekat asrama selalu datang masjid,bergaul dengan kelompok yang sama cara hidup dengan kita..memahami setiap anggota dalam kelompok tersebut..tapi bila kita keluar dari asrama,,semuanya berbeza..ada kawan-kawan kita yang tidak ke masjid setiap masa.Jadi kita rasa tak selesa,lalu meninggalkan kelompok tersebut...maka disinilah bermulanya Ujian dan tanggungjawab kita.

Allah itu Maha mengetahui...bila kita manusia yang In Syaa Allah lebih baik dari orang lain berhijrah ke tempat lain,,yang mungkin suasananya lebih teruk dari tempat asal kita..Allah meletakkan tanggungjawab seorang daie dan ujian keimanan terhadap kita,hambanya yang dia kasihi..

Walaupun kita betul-betul rasa tak selesa...cuba kita fikirkan..kalau aku pergi dari kelompok ini,,siapa yang nak tunjukkan jalan pada mereka...apa jadi pada mereka kalau tiada orang yang nak tunjukkan jalan pada mereka...kenapa nak sia-siakan peluang pahala berganda bila Allah yang mudahkan jalan..berdakwah ialah MLM akhirat.Allah telah menunjukkan jalan yang lurus pada kamu...Jadi sekarang kamu menjadi asbab bagi menunjukkan jalan pada mereka.

Nasihat saya..tenangkan diri..fikir sedalam-dalamnya...jika aku memutuskan untuk pergi..keputusan itu dibuat oleh imanku atau nafsuku....atau diriku sendiri yang malas hendak berdakwah....Mintalah bantuan dari Allah..Allah jua yang Maha berkuasa..

Namun...jangan paksa diri...kata orang melayu,,,ukur baju dibadan sendiri..kalau tak pasti untuk buat pilihan ...Allah dah sediakan Istiharah...

Kesimpulannya....jangan cepat jugdemental..sebab fitrah semua orang sukakan kebaikan..cuma bila lahir ke dunia nie ada syaitan yang menggoda..

Kalau ada rakan,jiran, sedara atau masyarakat yang perlukan bimbingan,,,bimbinglah..In Syaa Allah..Allah akan mudahkan jalan.Tunjukkanlah jalan kepada mereka,bukan tinggalkan mereka kerana kesusahan yang kita alami semasa menunjukkan jalan kepada mereka.

Kalau Benar Cinta mesti mahu ke 

Syurga Bersama-sama